MEMBANGUNKAN ANAK UNTUK SHOLAT SUBUH

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

2 Jamadil Awal 1444H | 27 November 2022

Doa yang dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam yang diabadikan di dalam kitab suci Al-Qur’an :

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang senantiasa mendirikan salat, Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
(QS. Ibrahim : 40)

Beberapa cara yang boleh kita guna semasa bangunkan anak untuk solat subuh. Moga dapat dipraktikkan dan bentuk usaha dari kita setelah berdoa.

1. Ucapkan kata-kata yang lemah lembut.
2. Usaplah punggung dan kepalanya

Biarkan ia tertidur sebentar, kembalilah bangunkan setelah lima minit kemudian (jadi kalau boleh kejut subuh tu awal lepas azan, jadi ada masa untuk kejut anak).

3. Nyalakanlah lampu bilik tidur anak.
4. Percikkanlah air ke wajahnya jika memang masih susah dibangunkan.
5. Berikanlah kata-kata motivasi dengan membacakan beberapa dalil pendek seperti “Nak bangunlah, shalat akan menjadi cahaya di alam kubur kelak”, atau “Bangun nak, tidak ada pilihan kelak kecuali syurga dan neraka”(cara ni memang jarang sungguh kita untuk buat kan..termasuk yang menaip ni..Allahu..😅)
6. Singkap selimutnya lalu goncangkan badan si anak dengan perlahan-lahan.

Jika anak sudah mulai membuka mata, ajaklah si anak bergurau. Ikutilah si anak jika sudah bangun supaya ia tidak tidur di tempat lain pula.

7. Jika semua cara telah dilakukan namun belum berhasil maka kita sebagai orang tua boleh melakukan pemukulan (mengikut kadar yang dibenarkan dalam syariat Islam) jika si anak sudah menginjak usia sepuluh tahun.

Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ
 وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
“Perintahkan anak-anak kalian untuk melakukan shalat saat usia mereka tujuh tahun, dan pukullah mereka saat usia sepuluh tahun. Dan pisahkan tempat tidur mereka.”
(Dishahihkan oleh Imam Al-Albani dalam Irwa’u Ghalil : 247)

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

12 Comments

  1. Satu cabaran tapi kena kejutkan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..walaupun anak menangis, mengamuk..huhu...kena bnyk bersabar..msa kcik la perlu dididik

      Delete
  2. teringat mama sy dulu kejut picit ibu jari kaki😁

    ReplyDelete
  3. laa ni kejut dgn cara matikan air cond atau suis kipas😁

    ReplyDelete
  4. cuba juga untuk panggil secara lemah lembut...tapi kadang-kadang sebelum kita mula solat kita pangil lemah lembut elok je dorang dah bangun duduk kat katil...ktia mula solat ehhhhh droang sambung tidur semula. mulalah selesai je solat terus bangun tepuk je punggung masing2...dah takde nak usap lembut lagi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. begitulah..anak2 guna cra lembut dulu..

      Delete
  5. Assalamualaikum Yaya.. nice info nk mengajar anak kecil utk bangun solat subuh kena pada caranya kan

    ReplyDelete
  6. cara yang berkesan, tutup kipas. ni saya buat untuk diri sendiri jugak. set timer kipas mati pukul 6 pagi. hehe

    ReplyDelete