SALAM #13 RAMADHAN - JANGAN TINGGAL ALQURAN!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

13 Ramadhan 1443 Hijrah | 15 April 2022

SESIBUK MANA SEKALIPUN JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN

Firman Allah yg bermaksud :
Wahai manusia! Telah datang kepadamu pelajaran (al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman 
(Surah Yunus ayat 57)

Setelah Allah swt menerangkan dalil-dalil yang menjelaskan perkara yang menjadi asas agama iaitu tauhid, kerasulan Nabi Muhammad saw dan kebangkitan manusia pada hari kiamat maka seterusnya Allah swt menerangkan tentang ayat 57 surah Yunus ini untuk umat manusia seluruhnya sebagai NASIHAT dan PENGAJARAN bagi memperbaiki akhlak dan amal perbuatan serta PENAWAR bagi penyakit batin yang ada dalam diri manusia seperti kufur, syirik hasad dengki, khianat dan lain-lain penyakit yang ada dlm hati.

Selanjutnya Allah swt menerangkan bahawa al-Quran ini merupakan HIDAYAH PETUNJUK kepada jalan yang benar serta diredhai Nya yang membawa kepada pencapaian kebahagian dunia dan akhirat

Kemudian Allah swt menerangkan bahawa al-Quran ini merupakan kitab panduan bagi segala aspek kehidupan manusia.

Namun begitu ada segolongan manusia yang bertindak berani dengan membuat undang-undang menurut hawa nafsu mereka sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum) ;
"Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan oleh Allah 
untuk manfaat kamu itu sehingga kamu dapat jadikan sebahagian daripadanya 
haram dan sebahagian lagi halal. 

Katakan lagi (kepada mereka) 
"Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya 
mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?
(Surah Yunus ayat 59)

MAKA YANG DEMIKIAN ITU ADAKAH MASIH ADA LAGI KERAGUAN DALAM HATI TENTANG KEBENARAN ALQURAN INI.? JAWAPANYA ADA DALAM DIRI KITA SENDIRI...

Sesungguhnya setiap amal di ukur dengan niatnya..❤️

Di sini , Yaya ingin mengingatkan diri Yaya dan sesiapa juga yang membaca entri Yaya ni, sebahagian daripada niat-niat ketika kita membaca alQuran, antaranya : 

1- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya 

2- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon hidayah daripada Allah SWT 

3- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

4- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya drp kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)

6- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب.
Saya niat baca alQuran ini kerana ia merupakan rawatan bagi hati yang keras, dengan alQuran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma'mur (dengan iman)

7- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari Allah Taala.

8- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين.
Saya niat baca alQuran ini supaya saya tidak ditulis termasuk daripada kalangan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis daripada kalangan orang yang mengingati Allah.

9- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah 

10- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang menyuruh untuk membaca alQuran dengan tartil.

11- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف 10 حسنات والله يضاعف لمن يشاء.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia mahu.

12- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat alQuran pada hari kiamat kelak

13- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW 

14- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat darjat saya dengan alQuran dan mengangkat darjat umat ini dengan alQuran 

15- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan juga utk ibubapa saya juga semoga dipakaikan dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia 

16- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya

17- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada kalangan ahlillah dan daripada kalangan orang-orang yg khusus

18- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (agar digolongkan dari kalangan) orang yang mahir membaca Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat

19- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah 

20- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasai kebersamaan Allah SWT 

21- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur

22- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi baik bagi saya dan tidak pula menjadi saksi buruk ke atas saya.

23- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

24- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

25- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah

26- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب.
Saya niat baca alQuran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran)

27- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat

28- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan dirinya akan segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran

29- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi peneman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.  

30- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW 

31- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

32- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak. 

فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya; yang mana keuntungan itu, Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Semoga segala amalan kita terutamanya dibulan Ramadhan kali ini, diterima oleh NYA. Aamiin. InsyaAllah 😇

Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

6 Comments