بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
11 Ramadhan 1443 Hijrah | 13 April 2022
Kredit gambar : Usrah Santai
Al-Habib Umar bin Hafidz berkata :
Jangan pernah lepas membaca do'a ini dalam sehari sehari-semalam.
يَا الله بِهَا يَا الله بِهَا يَا الله بِحُسْنِ الخَاتِمَةِ
Ya Allah bihaa, Ya Allah bihaa, Ya Allah bihusnil khotimah
Kerana doa ini adalah termasuk doanya para wali-wali Allah (kekasih Allah). Doa ini termasuk puncaknya do'a. Oleh itu, jangan pernah lepas untuk mengamalkannya.
Beliau bercerita, bahawasanya dahulu di Mesir ada seorang yang soleh dan tekun beribadah, namun dia tidak pernah membaca doa ini karena merasa amal nya sudah banyak namun apa yang terjadi? Diakhir usianya beliau murtad dan akhirnya wafat dalam keadaan su’ul khotimah (Naudzubillahi min dzalik)😣
Para Wali-wali Allah di Tarim, Hadramaut yang mengetahui kisah ini termasuk Shahibul ratib Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad sangat sedih mendengar kisah ini sehingga beliau mendawamkannya (istiqamah) sebagai wirid harian pada Ratibul Haddad.
Perbanyaklah membaca doa ini, semoga Allah memudahkan kita saat nazak (ajal menjemput) dan mematikan kita semua dalam keadaan husnul khotimah🤚✋
Alangkah baiknya jika do'a tersebut dibaca 3 kali setelah solat 5 waktu sebagaimana anjuran dari para Ulamak, dan dari Sohibul Ratib Al Haddad.
*Ucapkan QOBILTU (bermaksud, saya terima) sebelum mengamalkannya.
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Semoga segala amalan kita terutamanya dibulan Ramadhan kali ini, diterima oleh NYA. Aamiin. InsyaAllah 😇
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
3 Comments
moga dapat diamalkan terima kasih berkongsi
ReplyDeleteAamiin InsyaAllah. =)
Deleteaaminnn.. mudah-mudahan
ReplyDelete