SALAM #17 RAMADHAN - SALAM NUZUL AL QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

17 Ramadhan 1443 Hijrah | 19 April 2022
Diturunkan al Quran untuk menjadi panduan umat manusia. Ianya adalah mukjizat terbesar dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad ﷺ dan ianya mukjizat kekal. Hampir keseluruhan mukjizat para Nabi sebelum Nabi ﷺ berakhir dengan wafatnya para Nabi tersebut. Tetapi mukjizat Rasulullah ﷺ berkekalan walaupun setelah zamannya, iaitu mukjizat al Quranul karim.

Bersempena dengan Nuzul Quran, marilah kita bersama-sama menjadikan al Quran sebagai penawar bagi hati. Pembimbing dalam perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini. Orang yang menjadikan al Quran 'di hadapan' akan selamat. Orang yang menjadikan al Quran 'di belakang' akan binasa.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan Al-Quran. 
Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dalam diri kami. 
Dan kurniakanlah syafa'atnya pada kami di Hari Akhirat."

Post a Comment

13 Comments

  1. salam nuzul quran @ 17 ramadan 1443H

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nuzul quran anies. =)

      Delete
    2. yaya xdapat nak komen dalam entri2 anies..kat bhgian komen tu mention, To leave a comment, click the button below to sign in with Google.
      bila tekan button xjadi apa..komen kt blog lain xde pun mcm tu..adei..poning den .huhu

      Delete
    3. blogspot katanya th upgrade sistem. sy xde buat apa2 pun. minta maaflah atas kesulitan ni

      Delete
  2. semoga kita istiqomah baca Al-quran & beramal dengannya..

    ReplyDelete
  3. Aameen Ya Rabb atas doa bermakna itu..Salam Nuzul Quran Yaya. InshaAllah moga dipermudahkan urusan mengamalnya. Aameen.

    ReplyDelete
  4. Insya Allah. Saya tengah cuba kerap baca al-Quran.

    ReplyDelete
  5. semoga kita istiqamah walaupun selepas habis Ramadan

    ReplyDelete
  6. semoga kita konsisten membaca walaupun bkn di bulan ramadhan

    ReplyDelete