بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
12 Syaaban 1443 Hijrah | 15 Mac 2022
Perbezaan Ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”
Lidah insan beriman tidak lekang dari menyebut nama Allah. Namun bagi kita Melayu yang tidak menguasai bahasa Arab, adakalanya kita gagal menggunakan pada tempat yang betul. Khususnya penggunaan ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.
Contoh kesilapan itu adalah seperti berikut:
“Masya-Allah, habis mati ternakan aku”
“Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Sepatutnya yang betul begini:
“Subhanallah , habis mati ternakan aku.”
“Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Apakah beza maksud dua ungkapan itu? “Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah” . Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.
Manakala masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.
Jadi, apabila kita berkata dengan cara yang betul, “Subhanallah, habis mati ternakan aku” bermakna kita berharap peristiwa malang atau kejadian buruk itu tidak akan berlaku lagi. Dan apabila kita berkata, “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan” bermakna kita berharap peristiwa atau kejadian yang menakjubkan itu akan berlaku lagi atau berulang. Namun, kedua-dua ungkapan itu merupakan zikir kepada Allah. Wallahu a’lam.
Bahagian Dakwah Jakim
Haa faham ke faham? Dapat sesuatu? Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
7 Comments
MashaAllah tu seakan Wow, penting perkongsian ni, terima kasih Yaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah. sama2 =)
Deletenice sharing. akak mula2 faham perkataan2 ni dalam tahun 2012. bila berkawan dgn org2 Kashmir and arabni jadi kebiasaan. . memula awkward sebab org malaysia jarang pakai perkataan ni tapi lama kelamaan jd kesedapan pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah =)
DeleteTerima kasih dapat Mrs.A ulangkaji semula.
ReplyDeleteMasyaAllah kira macam sesuatu yang kita kagumi daripada cakap amazing baik cakap MasyaAllah.
Subhanallah untuk sesuatu kejadian buruk ok kena ingat nih! #ingatanuntukdirisendiri
Alhamdulillah. ye sama2 kita ulangkaji. ^_^
ReplyDeleteada perbezaan tu yaya
ReplyDelete