BAIK KEPADA ISTERI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

18 Syaaban 1443 Hijrah | 21 Mac 2022


"Bilamana kita baik dengan orang lain tetapi dengan isteri tidak, ini ada sesuatu yang perlu kita perbetulkan dalam memahami atau menjalankan tugasan sebagai seorang suami.

Kurang memberikan penekanan akan wasiat dan pesanan Rasulullah ﷺ kepada seorang suami terhadap isterinya. Yakni 'aku berwasiat kepada kamu supaya berbuat baik kepada isteri.'

Kebiasaannya hubungan antara suami isteri agak kaku, agak kasar atau mudah marah suami terhadap isterinya disebabkan menumpuknya permasalahan yang tidak selesai antara keduanya sehingga tertanam rasa tidak suka, rasa benci atau geram sehingga mudah beremosi dan juga marah.

Biasakan masalah kalau terjadi, tidak sampai berpanjangan. Jangan terlalu kerap bermasalah dalam rumah tangga. Biasakanlah pejam mata atau tak peduli (permudahkan urusan/cepat selesaikan) kepada masalah-masalah kecil yang berlaku dalam rumah tangga untuk tidak menimbulkan kekeruhan hubungan, implikasi kerapnya perselisihan pasangan suami isteri akan mengurangkan penghormatan satu kepada yang lain.

Baginda ﷺ bersabda, janganlah seorang lelaki itu membenci kepada isterinya sebab sikapnya kerana di samping sikap yang tidak disukai oleh suami, ada sikap lain yang disukai oleh suaminya atau suaminya dapat.

Daripada keperluan suami terhadap isteri bilamana terpenuhi maka bahagian itu adalah bahagian yang perlu diambil kira oleh suami supaya tidak hanya fokus kepada kekurangan atau kesilapan, sikap dan perangai seorang isteri. Yakni ditimbang. Jangan ambil yang tak elok saja, tapi ambillah perkara-perkara yang elok dan juga yang baik."

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
************************************************************
KUNCI BAHAGIA SEBUAH KELUARGA 

1. Jika ada perselisihan faham maka jangan  hadapi dengan egois ,jika yang satu marah maka yang  satu lagi  berusahalah untuk diam.
2. Kalau sedang marah cubalah berusaha mengalah daripada untuk menang sendiri.
3. Tegurlah pasanganmu dengan kasih sayang.....peluklah  sambil membisikkan nasihat.
4. Lupakanlah kesalahan masa lalu pasanganmu.
5. Jangan pernah bersikap cuak pada pasangan.
6. Jangan menyimpan amarah sampai matahari terbenam.
7. Seringlah memberikan pujian kepada pasanganmu.
8. Umumnya,dalam pertengkaran, yang paling banyak bicara dialah yang salah.
9. Jika merasa bersalah jangan pernah merasa malu dan egois untuk mengakui dan meminta maaf.

YA ALLAH...
Anugerahkanlah kepada kami suami/isteri dan keturunan kami sebagai 
penyenang hati dan jadikanlah kami Imam/Makmum yang baik.

Aamiin ya Rabbal'alamiin

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

Post a Comment

9 Comments

  1. Terima kasih berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  2. Para suami kena hadam ni :-)

    ReplyDelete
  3. Berbaik dengan isteri, suami, ibuabapa, dipermudahkan urusan seterusnya, terima kasih atas peringatan. Moga Yaya dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  4. dapat suami atau isteri yg baik dan pekerti agamanya adalah salah satu nikmat yg x terkira

    ReplyDelete
  5. kawen kena ada ilmu agama baru seiring menuju hari tua

    ReplyDelete