بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
26 Syaaban 1443 Hijrah | 29 Mac 2022
Ramadhan akan tiba beberapa hari sahaja lagi, pertanyaannya sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan dengan persiapan yang paling baik...?
Jika seseorang menyambut orang, menyambut momen atau menyambut sesuatu yang mengembirakan, tentu ia akan mempersiapkan diri dan mempersiapkan segalanya dengan sebaik-baiknya.
Demikian juga seseorang yang akan menyambut “tamu agung” iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan dan kebaikan di dalamnya.
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
“Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan yang diberkahi Allah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Pintu-pintu syurga dibuka padanya. Pintu-pintu Jahim (neraka) ditutup.
Syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Siapa yang dihalangi dari kebaikannya, maka sungguh ia terhalangi.”
[HR.Ahmad]
Cara terbaik untuk menyambut Ramadhan adalah dengan ilmu iaitu belajar lagi hal terkait dengan Ramadhan. Mulai dari keutamaan, hukum-hukum dan ibadah yang disyariatkan di bulan Ramadhan.
Islam adalah agama yang mulia dan dibangun di atas ilmu, bukan di atas tradisi atau perasaan.
📃 Jika ingin beramal dan berkata harus dengan ilmu.
Al-Bukhari menulis bab: “Bab ilmu sebelum berkata dan beramal”
Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata,
“Orang yang beramal tanpa ilmu seperti orang yang
berjalan bukan pada jalan yang sebenarnya.
Orang yang beramal tanpa ilmu hanya membuat banyak kerosakan
dibanding mendatangkan kebaikan.
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh, namun jangan sampai meninggalkan ibadah.
Gemarlah pula beribadah, namun jangan sampai meninggalkan ilmu.
Kerana ada segolongan orang yang rajin ibadah, namun meninggalkan belajar.”
(Lihat Miftah Daris Sa’adah karya Ibnul Qayyim, 1: 29)
Ya Allah, pimpinlah kami yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kami mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
Agar dapat kami lalui dengan sempurna...
Aamiin
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
2 Comments
tak sabar nak tunggu ramadan!
ReplyDeleteInsyaAllah ^_^
Delete