AMALAN ALLAHYARHAM SHEIKH ALI JABER

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

29 Rejab 1443 Hijrah | 03 Mac 2022

Amalan yg dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber

1) Baca QulhuAllah ( Al-Ikhlas ) 10x setiap pagi

2) Al-Mulk sebelum tidur

3) Sadaqah subuh hari-hari

4) Ayat kursi lepas solat

5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir2 lain.

6) Berwudhu 10min sbelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat.

7) Satu doa untuk setiap satu sedekah subuh.

8. Seindah2 ibadah - membaca istighfar 10min sblm azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau dibuat-buat. (waktu sahur)

9) Mencari kawan-kawan soleh untuk mendapat shafaat mereka - amalkan وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين " wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin" ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin.

10) Setiap kali masuk masjid cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat.

11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A'la..mohon yg paling tertinggi

12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum solat dan selepas solat

13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan - keluarga bahagia.

14) Solat witir sblm tido ditakuti tak terbangun tahjud utk lakukannya agar menjadi ahli witir.

15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.

16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.

17) Ahlul Quran yg dimasukkan ke dlm neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka

18) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung utk tunjukkan adab krn membaca Al Fatihah umpama berdialog dgn Allah

19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat - 1x,3x atau 7x

20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah

20) Dlm tiap amalan titip pahala utk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.

21) Kurangkan bicara tentang dunia gantikan dengan zikir supaya hati tenang

22) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib orang.

23) Semalas-malas sunat qabliah/ba'diah jangan tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib.

24) Jika ada hajat amalkan حسبنا الله ونعم الوكيل Hasbunallah Wani'mal Wakil sebanyaknya dan jaga hubungan dengan Allah pasti makbul.

Aamiin..InsyaAllah. Jom kita sama-sama cuba amalkan. Jadikan amalan ini sebahagian dari hidup kita sehari-hari. Usaha perbaiki diri setiap hari. Tak mampu buat semua buatlah 1 amalan. InsyaAllah Allah akan permudahkan kita untuk terus buat amalan yang lain pula. 

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

Post a Comment

7 Comments

  1. salam..
    nice sharing. banyak mmg yg kita dpt tau setelah pergi nya ulama ini.

    ReplyDelete
  2. MashaAllah perkongsian bermanfaat terima kasih Yaya

    ReplyDelete
  3. AllahummasoliA'laMuhammad Wa'alaalihiMuhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ =)

      Delete
  4. banyak amalan2 arwah.semoga tenang di sana

    ReplyDelete