MUALIM : ADAB PADA GURU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

28 Rejab 1443 Hijrah | 02 Mac 2022
kredit gambar : usrah santai

Satu kisah berlaku di zaman Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, seorang murabbi masyhur.

Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir. lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya. Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya. Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir. Dia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.

Syekh Abdul Qadir suka makan ayam. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain. Beliau akan makan separuh sahaja.Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya.

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi. "Pakcik ada anak namanya ini?" Jawab si bapa, "Ya, ada." Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir? Jawab si bapa, Ya. "Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja. Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pakcik!"

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir. "Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing! Saya hantar kepada tuan syekh, supaya anak saya jadi alim ulama."

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja. "Kalau begitu ambillah anakmu." Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.

Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang. Bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam. Ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul.

Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir. "Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula. Tuan didik lah anak saya. Ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing. Aku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu."

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir. Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu.. disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU. Maka anak yang menjadi mangsa.

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu.

Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru.

Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita. Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru. Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan gurunya?

Kata ulama: Satu prasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh  keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu.

Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita dan anak-anak kita.

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

Post a Comment

2 Comments

  1. Guru pengganti ibu bapa di madrasah dan sekolah. Beza jauh KA nampak adab murid dengan guru zaman sekarang dan zaman dulu. segarang-garang guru, bila masuk ke alam pekerjaan, sesekali singgah juga sekolah lama bertanya khabar. Semoga Allah kurniakan keampunan dan rahmat Nya kepada semua guru-guru KA yang masih hidup mahupun yang telah pergi.

    ReplyDelete