بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم صلى على سيدنا محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
12 Jamadil Akhir 1443H | 15 Januari 2021
Sesuatu perkara yang BARU selalu memberi kita semangat yang BARU, azam yang BARU, nafas yang BARU, harapan yang BARU...
Namun berita terkini yang BARU diumumkan sepertinya memusnahkan sesetengah perasaan dan harapan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghitung hari untuk berangkat ke tanah suci.
Antara perkhabaran terkini adalah:
🟠 Penangguhan Umrah bermula 8 Januari 2022.
🟠 Pulang dari Umrah wajib berkuarantin di pusat kuarantin.
🟠 Umrah dibenarkan hanya 1 kali dalam tempoh 10 hari.
🟠 Penjarakan solat kembali dikuatkuasakan di Masjidil Haram & Masjidin Nabawi.
🟠 Angka kes Covid-19 semakin meningkat di Arab Saudi.
Hanya kepada Allah kita kembalikan segala urusan.
Sesetengah orang terima berita ni dengan tenang, ada sesetengah lagi mungkin menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Admin pun pernah pengalaman, nak berangkat sehari lagi, beg dah hantar ke airport, baju dah siap digosok, tiba-tiba dapat panggilan: “Maaf ya adik, adik perlu bersedia kemungkinan tak dapat pergi umrah sebab visa tak lulus!”
Allaah.. berita tu rasa bagai panahan petir pada masa tu, menangis tak henti dari siang sampai malam. Esok bangun pagi sambung nangis lagi😭.
“Ya Allah.. kenapa Kau tak izinkan aku jadi tetamu-Mu😭😭😭”
Tapi perlu akur dan redha dengan takdir Ilahi. Pepatah Arab berbunyi begini:
"كُلُّ تَأْخِيْرٍ فِيهِ خَيْر"
Kullu ta’khirin fiihi khair
“Setiap kelewatan/penangguhan itu, pasti ada kebaikan”
Biasanya setiap ujian itu, akan tersingkap hikmahnya di kemudian hari.
Pesanan Admin pada semua:
🧡 Bagi yang tertangguh, moga Allah gantikan dengan masa yang lebih baik untuk berangkat umrah dari sekarang ini.
🧡 Bagi yang sempat pergi dalam tempoh pandemik ini, bersyukurlah kerana anda cepat ambil peluang. Tahniah!
Namun simpan pada diri sendiri kata-kata seperti: “Alhamdulillah, NASIB BAIKlah dapat pergi tuari... NASIB BAIKlah pergi awal-awal...”
Lebih-lebih lagi bercakap pada orang yang tertangguh umrahnya...Kerana NASIB BAIK anda bukanlah NASIB BAIK bagi saudara-saudara kita yang seharusnya dijadualkan berangkat pada 8 Januari dan seterusnya.
🧡 Kita hanya merancang namun Allah lah yang menentukan. Kalau rasa sedih atau kecewa macam mana sekalipun dengan berita macam ni, simpan sahaja kata-kata dan komen yang tidak baik, kecam-mengecam dan sebagainya.
Moga hari pertama dalam tahun baru ini dihiasi dengan perkara-perkara yang baik dan positif dan semoga kita kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan tenang.
...dari Makkah
Kredit : Penulis Kenangan Terindah
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
6 Comments
Allahuakbar dah bersedia hanya melangkah saja, dugaan pasti ada manisnya inshaAllah yang lebih baik bakal perolehi. Aameen.
ReplyDeleteAamiin InsyaAllah
DeleteAgak sedih sebenarnya. Umrah ditangguhkan. Tapi konsert di tanah arab dibenarkan.
ReplyDeletedi akhir zaman....Hasbunallahwanikmalwakil
DeleteAlhamdulillah sekarang dah kembali dibenarkan
ReplyDeleteAlhamdulillah. moga dapat menjadi tetamuNYA aamiin
Delete