بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم صلى على سيدنا محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
6 Jamadil Akhir 1443H | 09 Januari 2021
Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yaasin.
Kepada sesiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik. Contohnya seperti niat ini:
1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.
2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah.
3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.
4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perolehi ini.
5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq.
6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.
7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.
Tambahan:
Allahumma Ya ALLAH, tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hambaMu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara ini.
Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalan-Mu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.
Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami sentiasa dekat kepada-Mu hingga ke akhir hayat.
Aamiin Ya Allah.
Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan. InsyaAllah. Biidznillah
Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّ
2 Comments
Aamiin
ReplyDeleteSemoga doa2 kita diperkenankan-Nya
Aamiin InsyaAllah
Delete