MANA LEBIH UTAMA ?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم صلى على سيدنا محمد 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

26hb Januari 2022 | 23hb Jamadilakhir 1443H

Membeli buku berharga RM 25.00 terasa mahal. Tapi pergi café atau restoran sekali duduk makan RM 30.00 seorang dianggap murah! Sedihnya, keperluan membesarkan perut lebih utama daripada urusan menajamkan minda!

Membaca al-Quran setengah jam terasa lama. Membaca WhatsApp, melayari internet berjam-jam mengadap HP atau computer, macam sekejap je! Allahu sedihnya, keperluan memuaskan nafsu dan hiburan lebih utama daripada membersihkan hati yang berkarat.

:عَنِ ابن عُمَرَ رَضَيِ اللٌهُ عَنهُمَا قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلَيِ عَلَيهِ وَسَلٌمَ اِنٌ هذِهِ القُلُوبَ تَصدَأ الحَدِيدُ اِذَا أصَابَهُ المَاءُ قِيلَ يَارَسُولَ اللٌهِ وَمَا جِلآوُهَا قَالَ كَثُرَةُ ذِكرِ الَموتِ وَتلآوَةُ القُرانِ. (رواه البيهقي في شعب الإيمان)

Daripada Abdullah bin Umar RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air." Baginda ditanya "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya?" Rasulullah SAW bersabda, "Perbanyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran ."
(HR. Al-Baihaqi)

Pergi ke masjid solat berjamaah, sepuluh minit terasa panjangnya imam membaca surah dan wirid. Lepak ngopi di warung sejam dua sambil bersembang dan mengumpat, rasa tak puas. Allahu sedihnya, berada di warung yang tidak dijanjikan syurga lebih utama daripada rumah Allah yang dijanjikan naungan kepada pengunjungnya di hari Kiamat.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ …..وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ ….

Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: 
"Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; … orang yang hatinya terikat dengan masjid 
bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi…
(Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih

Sedekah seringgit pun berkira, beli topup RM 40.00 biasa je. Allah! Sedihnya, beli topup tidak menjanjikan penambahan rezeki berbanding sedekah yang mendapat doa malaikat agar diganti dengan yang lebih baik.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَامِن يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلاَّ مَلَكَانِ يَنزِلاَنِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اَللهُمَّ أَعْطِ مُنفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الآخَرُ: اللهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: 
"Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".
(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih
Perkongsian dari UWA
#ustazwadi #ustazwadiannuar
Dapatkan Update Terkini Kuliah Ustaz Wadi Annuar :

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

Post a Comment

6 Comments

  1. Salam ziarah. mai dari entri kak Syu.. :)

    Dunia sekarang tak stabil. jiwa dan rohani kena stabil dengan selawat dan zikir. :)

    ReplyDelete
  2. "Membeli buku berharga RM 25.00 terasa mahal. Tapi pergi café atau restoran sekali duduk makan RM 30.00 seorang dianggap murah! Sedihnya, keperluan membesarkan perut lebih utama daripada urusan menajamkan minda! "

    Ya Allah setuju sangat yang ni...this hit me hard ! Saya dulu sanggup tak makan sebab nak kumpul duit nak beli buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana yg baik kita ambil dan amalkan bersama =)

      Delete
  3. Alamak terasa pulak. Terima kasih ingatkan

    ReplyDelete