بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
13 Rejab 1443 Hijrah | 15 Februari 2022
1. AS SALAM bermakna TUHAN YANG MEMILIKI SALAM .Dan termasuk kalimah As SALAM ini pada wirid yang lazim dibacakan selepas solat ( Allahhumma anta salam , waminkasalam Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan. Mahasuci Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan )
2. ALLAH ialah Tuhan yang MAHA SUCI daripada AFFADZ (iaitu kerosakan), kita manusia tidak seperti tuhan, yakni ALLAH SWT itu tidak sakit, tidak rosak serta tidak segala-gala seperti makhluk (manusia). Lantaran itu kita wajib & dituntut untuk bergantung kepada ALLAH AS SALLAM .
3. Amalan daripada USTAZ AZUAN untuk pesakit Covid dan TG SYEIKH juga mengamalkannya – minum air kelapa, bacakan fatihah 11x dan Zikirkan Ya SALLAM sebanyak 175x : Buatlah sekurang-kurangnya 1x : Ikhtiar untuk mendapat penyegeraan kesembuhan
4. Kita juga dituntut untuk menyebarkan salam kepada khalayak yang dikenali ataupun yang tidak dikenali . Sepertimana yang diteladankan oleh RASULULLAH SAW, yang mengucapkan salam Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh pada para sahabat . Ucapan Salam ini adalah syiar Islam. Dan jawablah salam yang diberikan kepada kita dengan ucapan salam balasan yang sempurna melebihi dari ucapan salam yang diterima; contoh balasan salam yang terbaik iaitu Waalaikumsalam warahmatullah hiwabarokatuh. Bahkan sepertimana para salafussoleh, mereka juga mengangkat tangan seperti bertakbir (saling haloba untuk melafaz kan salam yang sempurna)
5. Antara lafaz salam minimal ialah Assalamu'alaikum ertinya (Semoga Keselamatan terlimpah untukmu) atau yang lebih baik iaitu Assalamu'alaikum Warahmatullah ertinya Semoga Allah Melimpahkan Keselamatan dan Rahmat-Nya untukmu / Semoga keselamatan dan rahmat Allah terlimpah untukmu. Dan terpaling sempurna lafaz salam ialah Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ertinya adalah semoga Allah Melimpahkan keselamatan, Rahmat dan Keberkahan untukmu.
6. Contoh lafaz balasan salam Wa'alaikumus Salam Warahmatullahi Wabarakatuh (dan ada yang menyudahkan lafaz dgn wamaghfirullah) yang ertinya "Begitu juga semoga keselamatan, rahmat Allah, dan berkahNya tercurah kepada kalian.
7. Orang yang mengenal ALLAH AS SALLAM itu sentiasa merendah diri dan sentiasa merasakan diri berdosa . Sepertimana berkata IMAM SYAFEI “ Aku kasih dan cinta kepada orang-orang soleh tetapi aku bukan orang-orang soleh, dan aku benci kepada orang-orang jahat tetapi aku lebih jahat daripada orang-orang jahat “ . Demikian lah sifat hati seorg hamba yang mengenal ALLAH AS SALAM . Sekalipun dia memandang orang-orang yang lebih berusia , hatinya memandang mrereka dengan kehormatan lantaran orang-orang yang lebih berusia itu telah terlebih dahulu mengenal ALLAH dan terlebih dahulu mengerjakan ibadat . Bahkan bila dia Melihat orang muda, dia melihat dengan pandangan kasih sayang ( dan mereka membesarkan orang-orang muda lantaran orang-orang muda itu masih tidak banyak dosanya berbanding dirinya ). Orang yang mengenal ALLAH AS SALLAM itu hati mereka sentiasa bersangka baik dengan semua keadaan dan juga mereka tidak bersangka buruk kepada manusia lain. Mereka tidak mudah menghakimi orang lain , berpaling hati mereka dari melihat keburukan pada org lain dan mereka mudah memberikan kemaafan kepada orang lain. Orang yang mengenal ALLAH AS SALAM itu hati mereka bersifat dengan kebaikan sehinggakan kadangkala mereka dianiayai (lantaran hati mereka tidak sama sekali bersangka buruk terhadap orang lain ) . Semoga kita semua termasuk sebagai insan yang dikurniakan rahmat untuk bersifat AsSalam dan hati sentiasa hidup dengan kebaikan.
Sumber : Telegram TGSMZA
Kuliah Selepas Subuh - Kitab Asmaul Husna
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
4 Comments
Terima kasih atas perkongsian Yaya
ReplyDeletesama.. terima kasih singgah =)
DeleteMashaAllah semuanya yang baik-baik maknanya. Terima kasih kongsi Yaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah. sama-sama =)
Delete