NUZUL QURAN 1442H

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
17 Ramadhan 1442H | 29 April 2021

Sempena memperingati hari turunnya Al Quran ini marilah kita bersama-sama mendekati dan membaca Al Quran.

Sabda Nabi saw yg diriwayatkan oleh Abu Dawud:

"Sesiapa yg membaca al-Quran dan beramal dgn isi kandungannya, dianugerahkan kedua2 ibubapanya mahkota pd hari kiamat. Cahayanya (mahkota) itu lebih baik drp cahaya matahari di rumah2 dunia. Kalaulah yg demikian itu matahari berada dirumah kamu (dipenuhi dg  sinarannya) maka apa sangkaan kamu terhadap orang yg beramal dengan ini (al-Quran)"

Sedikit demi sedikit cubalah fahami dan amalkan setiap suruhan, ingatan dan panduan yang tercatat didalamnya agar kita beroleh petunjuk dan hidayah untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa disisi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Tiada cara lain untuk kita menghayati dan memahami Al Quran dan kerana itulah surah pertama dan malah ayat pertama yang diturunkan menyuruh kita 'BACALAH!'.

Hanya melalui membacalah terbukanya segala ilmu, jalan, panduan dan pedoman untuk apa jua yang kita perlukan serta inginkan.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala agar beroleh kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.

"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dalam diri kami. Dan kurniakanlah syafa'atnya pada kami di Hari Akhirat."
Aamiin يارب

Berpesan-pesan pada diri sendiri dan semua saudara² muslim. InshaAllah. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اك

Post a Comment

2 Comments