BAYAR ZAKAT SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
17 Ramadhan 1442H | 29 April 2021

Alhamdulillah. Hari ini dah masuk 17 Ramadhan. Kurang 20 hari je ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Salam Nuzul AlQuran juga buat semua.
Korang yang dah ada tanggungjawab untuk bayar zakat fitrah ni, dah selesai bayar zakat ke belum? Alhamdulillah bagi yang sudah tunaikan kewajipan untuk membayar zakat. Pada yang masih belum membayar lagi tu nak tanya.. nak tunggu bila tu? Jangan bagi alasan tak boleh keluar rumah sebab risaukan hal pandemik Virus yang masih belum reda lagi dinegara kita ni.

USAHA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Untuk pengetahuan, sehingga 31 Disember 2020, direkodkan terdapat lebih 60 ribu buah keluarga miskin yang berdaftar secara rasmi di Lembaga Zakat Selangor. Jumlah itu bukanlah sedikit, kerana jika diperincikan kepada bilangan individu, maka hakikatnya ia melebihi 350 ribu orang. Kerana itu, Lembaga Zakat Selangor saban tahun sentiasa berusaha memastikan agar mereka ini mendapat bantuan yang cukup bagi menyambut hari raya dengan lebih sempurna.

Pada tahun 2020 yang lalu, lebih RM27 juta telah diagihkan menjelang hari raya. Lembaga Zakat Selangor juga memastikan bahawa setiap individu atau keluarga miskin mendapat bantuan Raya dengan minimum RM300 dan jumlah ini akan meningkat mengikut bilangan
tanggungan sehingga maksimum RM1,000 bagi sebuah keluarga.

Lembaga Zakat Selangor telah menyediakan pelbagai saluran pembayaran zakat, sama ada secara atas talian, potongan gaji, kad kredit, ATM, ejen zakat dan sebagainya. Pastikan kita membayar di saluran yang betul dan kepada amil yang bertauliah, demi memastikan zakat kita menjadi sah dan benar-benar sampai kepada asnaf yang berhak. Hal ini selaras dengan apa yang telah dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor dan juga keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, bahawa zakat hendaklah disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor sebagai entiti yang bertauliah menguruskan zakat di negeri ini.

BAYAR ZAKAT SECARA DALAM TALIAN
Tahu tak zakat sekarang dah boleh bayar ONLINE dan mempunyai banyak saluran bagi memudahkan orang islam menunaikan kewajiban berzakat.
Ye, ramai yang sudah tahu tapi ramai juga yang masih tidak tahu dan tidak pasti bagaimana nak bayar zakat secara dalam talian ni, betul tak? Lebih lagi kalau Yaya beritahu yang zakat ni boleh juga dibayar melalui POS

PEMBAYARAN MELALUI E-ZAKAT PAY



Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.

Salah satunya adalah melalui POS ONLINE . Jangan ingat POS untuk pos surat kome atau cek 'tracking' barang je tau 😅, di POS ONLINE ni juga sudah menyediakan 'platform' bagi pengguna untuk membayar zakat secara dalam talian dengan cara yang paling mudah dan cepat.

CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POS ONLINE
Boleh pergi ke laman sesawang zakat itu sendiri atau ke laman pos online juga. Kalau pergi ke laman web zakat, seperti ZAKAT SELANGOR, korang akan tahu lebih banyak maklumat mengenai zakat. Jadi rajin rajin lah membaca bagi menambah ilmu pengetahuan tu ye 😁 tapi mana yang nak cepat, cuma nak bayar zakat semata, boleh juga pergi terus ke laman sesawang POS ONLINE ni.

Ikuti cara dibawah:

1. Pergi ke laman sesawang POS ONLINE
2. Klik 'Bill Payment'
3. Pilih 'Zakat'

Maka akan keluarlah senarai-senarai jenis zakat yang ada dan korang boleh lah teruskan dengan niat korang untuk membayar zakat tu. SELESAI. ALHAMDULILLAH. ha mudah tak? Lagi satu, untuk pengetahuan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang melancarkan kempen dan ianya terbuka kepada SEMUA pengeluar zakat LZS bermula 13 April – 12 Mei 2021. Pelbagai hadiah menarik menanti dengan hanya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran bayaran tanpa tunai yang disediakan.

JOM ZAKAT CASHLESS 2021

Bermula 13 April – 12 Mei 2021 je tau!😄

Dah senang hati tunaikan tanggungjawab, boleh lah 'join' kempen Zakat Cashless kat atas ni. Mana tahu ada rezki buat anda sekeluarga kan, tak rugi apa pun kalau korang join 😇

Dengan menunaikan zakat fitrah, maka sempurnalah pakej puasa kita ni. Sempurnalah sudah usaha kita untuk mencapai darjat takwa dan seterusnya menjadi manusia yang ‘baharu dari segi iman dan akhlaknya’ setelah selesai melalui madrasah Ramadan. Aamiin. InsyaAllah

Berpesan-pesan pada diri sendiri dan semua saudara² muslim. InshaAllah. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اك

Post a comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah baru semalam selesai bayar zakat fitrah hehehe. Bayar online je. Senang.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ye mudah! semua dhujung jari kann nadd =D

      Delete
  3. Mudah sangat bayar secara online ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. xde alasan kaunter penuh..hehe

      Delete