Assalammualaikum wbt.
Salam 11 Muharram 1441h
Menyesal dengan Produk Apa?
Macam marah pula bunyi tajuk tu kan. Apa yang menyesalnya? Produk apa Yaya ambil pula sampai nak menyesal sesal kesal ni kan..huhu
SABAR. Begini ceritanya. Dipendekkan je la ye. haha. Yaya ada beberapa masalah dalaman tapi bukan yang seriuslah. (Na'uzubillah minta jauhla kan >,<.) Yaya rasa kebanyakan WANITA ada mengalaminya.
Masalah Dalaman Wanita
Cuma masalah yang biasa Yaya dengar (yang kerap/banyak berlaku mungkin) antaranya ialah seperti HORMON, KITARAN HAID yang tidak teratur, SESUNGGUT eh! SENGGUGUT, masalah 'Miss V' seperti keputihan dan yang sewaktu dengannya, badan yang mudah lesu atau kurang bertenaga, selalu stress, dan bagi WANITA yang baru lepas melahirkan pula mungkin menghadapi masalah penghasilan susu badan yang kurang dan juga masalah-masalah dalaman yang lain.
Yaya pun mengalami beberapa masalah itu. Dan dari pembacaan Yaya berkenaan WANITA ni, kalau dibiar masalah tu berlarutan ia akan bagi kesan yang tidak baik untuk dimasa hadapan nanti. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang macam Yaya ni yang dah masuk 3 series ni who those that 'NOT MARRIED YET' haha =p memang penting untuk jaga kesihatan dalaman. Bila dalaman sihat, maka kesannya akan nampak terserlah di luaran. Ewah cam ayat iklan gitu macam pernah dengar tapi kat mana ek
Shatavari Woman Wellness - Makanan Tambahan Untuk Wanita
Bila Yaya kongsi masalah dengan seorang sahabat, dia 'advice' Yaya untuk cuba 1 supplimen ni. WOMAN WELLNESS dari jenama HIMALAYA.
Jenama HIMALAYA ni memang agak terkenal dari dulu lagi. Yela mana kan tidak, sudah berada di pasaran sejak tahun 1930 lagi. Cuma Yaya tak pernah lagi cuba supplimen mereka.
Ramuan Utamanya iaitu SHATAVARI
Sumber : Ihsan Google
Shatavari atau Asparagus racemosus adalah herba popular atau dengan tepatnya dikenali sebagai "Formula Kesihatan Wanita". Shatavari dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'dia yang memiliki 100 suami',(whoahhh!!) menunjukkan herba ini mempunyai peranan penting dalam kesihatan dan gaya hidup seorang wanita. Secara tradisinya, Shatavari (Asparagus) dianggap sebagai tonik rejuvinatif terbaik untuk wanita.
Bagaimana Herba Ini Boleh Membantu Para Wanita?
Antara fungsi herba Shatavari ialah:
- Membersihkan darah dan organ pembiakan wanita
- Meremajakan kesihatan dalaman
- Menyuburkan rahim dan ovum
- Meningkatkan penghasilan susu badan ibu
- Membantu mengawal kitaran haid dan hormon dalam badan.
- Membantu merawat gejala PMS dengan melegakan kesakitan dan mengurangkan simptom menopause.
- Membantu meningkatkan bilangan sel darah putih
- Membantu merawat gangguan seperti kemandulan, gejala PMS yang berpunca dari ovulasi yang tidak teratur, kekejangan, perut kembung dan masalah lain yang berkaitan.
Siapa pula yang boleh mengambil produk ini?
1. Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
2. Wanita yang mengalami menopaus
3. Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif
4. Ibu yang menyusu dengan kandungan susu yang rendah
Perubahan / Kesan selepas Sebulan Mengamalkan
Ni PART yang paling best sebenarnya. Masalah Yaya sebelum ni, Yaya memang jenis tidur lewat. Well bila orang yang suka tidur lewat ni tahu-tahu je la apa kesan yang tak elok nya. YUP! Badan kurang rehat, muka pun nampak letih selalu plus++ tang mata tak payah cakaplah dia punya PANDA macamana kan ( @,@ ). Lepas tu mood memang hampir setiap jam nak moody je. Stress mungkin. Hadap kerja yang tak pernah habis, nak hadap perangai manusia yang macam-macam lagi fuhh memang hakak stress!
Lepas lebih kurang seminggu amalkan WW (Woman Wellness) ni, hakak rasa sedikit perubahan waktu tidur ^,^ Dia punya rasa mengantuk tu lain macam! Serius! Kalau sebelum ni jam 1-2 mata segar lagi, tapi sekarang waktu macam tu tangan dah tarik bantal cepat-cepat. Mengantuk punya pasal haha. Mungkin badan da mula bertindak balas dengan supplimen WW yang Yaya makan tu. Yela sebab biasa tidur lewat, badan tak cukup rehat nak serap vitamin + zat + oksigen semua lah, tu yang kesan jadi macam tu. Lagipun, memang betul apa petua yang selalu kia dengar, kalau nak SIHAT LUAR & DALAM, badan kena CUKUP TIDUR & minum air kosong 2-3L sehari. Kan.
Alhamdulillah tak sampai sebulan, dah boleh nampak kesan dia. Paling terkejut sedikit masa waktu datang bulan. Takda masalah waktu datang cuma kalau sebelum ni hari ke-5 atau ke-6 dah boleh bersuci (sebab pengaliran tak banyak), tapi bulan lepas dia 'mai' sampai hari ke-7 baru bersuci. Tahu tak apa maknanya kalau macam tu? Maksudnya pengaliran semakin baik dan normal.
Lagi satu, kulit muka jadi kurang berjerawat dan semakin elok. Tak tahu nak habaq macam mana dia punya rasa tu. Perasan macam baru umo 25 pun ada haha ok sila muntah kalau nak =p tapi MasaAllah. Alhamdulillah.
Cara pengambilan Shatavari ni. Hanya ambil 1 kapsul dua kali sehari. Sekali waktu pagi selepas makan & sekali waktu malam sebelum tidur. Pastikan minum air suam secukupnya. Women's wellness TAK BOLEH diambil oleh mereka yang mempunyai cysts & endometriosis.
Jadi kalau korang nak cari supplemen yang sesuai untuk masalah pencernaan korang tu, boleh la cuba produk dari Himalaya ni. Mana nak dapat? Aih. Himalaya ni kan jenama yang agak terkenal. Boleh je beli kat mana-mana farmasi (kalau farmasi tu ada ambil brand Himalaya ni la) atau kat Watsons pun boleh. Kalau korang jenis yang kaki shopping online macam Yaya ni ehh! bole je cari online. hehe.
Untuk info lebih lanjut boleh layari laman sosial media Himalaya Malaysia seperti yang Yaya dah senarai + link kat bawah ni ye. =)
Untuk info lebih lanjut boleh layari laman sosial media Himalaya Malaysia seperti yang Yaya dah senarai + link kat bawah ni ye. =)
Website: www.himalayainasia.com
Instagram: @himalayamalaysia
Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia
Oh ye. Yaya pun ada cuba 1 lagi produk dari Himalaya ni. Yang ni wanita lelaki boleh baca dan amalkan ok. hehe. Baik untuk usus anda. Boleh KLIK SINI
Moga bermanfaat. ^_^
Sekian, Wasalam
22 Comments
Produk Himalaya memang dipercayai cuma tak pernah cuba lagi produk yang ni.
ReplyDeleteThanks for sharing ye
kadang2 takut nk guna supplement.. takut bdn tak sesuai
ReplyDeleteUmur 24 dan belum berkahwin boleh cuba ke
ReplyDeleteni supplimen..rasanya tiada masalah untuk yg belum bkahwin ambil. lg bgus amik dimasa umur muda awk ^_^
DeleteKalau orang yg period tak tentu, kdg setahun x dtg boleh mkn kah
ReplyDeleteBoleh cuba sis. mana tau sesuai. lagipun ni suppliment.mmg bagus utk kesihatan bdn. xrugi cuba =)
DeleteTerima kasih info
ReplyDeletesame =)
DeleteNak tnya.. knp utk masalah cyst x boleh ye kan tu berkaitan rahim blh bg pencerahan tQ
ReplyDeletesetahu saya supplimen ni untuk mencegah penyakit bukan ubat. jadi kalau da ade sakit tu lebih2 lagi serius seeloknya minta pendapat yg lebih pakar @k@ doktor sebelum nak ambil apa2 ubat selain hospital @ supplimen. risau nanti akan ade kesan xbaik pula pada penyakit yg da ada kt bdn tu nanti =)
DeleteKalau mkn suplmnt ni sekali ngan
ReplyDeleteFolic acid boleh ke?
assalammualaikum.hi sha. rasa saya takda masalah kalau nak ambil folic acid juga. saya pun ada ambil bbrapa supplimen yg lain =) InsyaAllah
DeleteSalam.. bleh ke mkan mse tgah dtg bulan ?
ReplyDeletewaalaikumsalam. tak pasti pula sis. lebih baik ambil lepas dari sis dtg bulan kot.. =)
Deletesalam . hi sis yaya . nak tanya brapa kali sehari makan suppliment ni ya ? sy ada beli tapi telupa sungguh nak tanya staff farmasi tu tadi :')
ReplyDeletewaalikumsalam wbt. Cara pengambilan Shatavari ni. Hanya ambil 1 kapsul dua kali sehari. Sekali waktu pagi selepas makan & sekali waktu malam sebelum tidur.
DeleteSalam
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt
DeleteKalo period tak teratur blh kan ??
ReplyDeletewallahua'lam. =) bole cuba kot
DeleteShatavari ni akan datang period lepas habis sebotol ke ? Lepastu waktu period stop or kena makan jugak
ReplyDeleteEh tak semestinya akan terus period lepas habis sebotol. huhu. ikut badan juga ni. kat sini saya cuma beritahu apa yang jadi pada diri saya. setiap orang tak sama kesan.mungkin cepat mungkin lambat. boleh tanya pada farmasi untuk info lebih lanjut =)
Delete