Assalammualaikum wbt
10 Muharram 1441h
Ada Masalah Sembelit ke?
Ramai ke yang jenis sukar membuang macam Yaya ni haha. Mesti ramai yang taknak mengaku kalau ditanya. Yaya kadang je ada masalah tu. Ada masa ok. Tapi seeloknya badan kita ni perlu membuang air besar ni sekurang-kurangnya 2x sehari, betul tak. Bergantung dengan pemakanan korang juga.
Kalau sukar untuk membuang tu korang buat apa? Makan pisang banyak? hehe Sebab tu kita digalakkan minum air dengan kuantiti yang banyak. Air kosong tau! Bukan air manis ye. Sekurangnya 2liter. Paling kurangla. Baru badan mudah melancarkan apa yang kurang lancar tu. =)
Baru-baru ni Yaya ada cuba 1 supplimen ni. BOWEL WELLNESS keluaran dari HIMALAYA. Supplimen ni memang KHAS untuk mereka yang mempunyai masalah pergerakan usus yang tidak berapa lancar macam Yaya ni.
BOWEL WELLNESS HIMALAYA
Antara kesan pengambilan supplimen :
- Menyokong detoksifikasi biasa perut dan membantu pergerakan usus normal.
- Memberi kesan pro-kinetik lembut pada perut dan membantu melegakan sembelit lama tanpa menyebabkan pergantungan.
- Unsur aktif yang diperoleh daripada tiga buah menghasilkan kesan antioksidan yang kuat dan menggalakkan kesihatan usus.
- Memberi kelegaan pada dinding usus, melegakan perut kembung dan ketidakhadaman.
Ianya sesuai untuk :
- Penyakit sembelit yang kronik.
- Sering membiarkan perut kosong.
- Peyakit sembelit yang berkaitan dengan buasir dan penyakit lain.
- Pemulihan (sebagai suplemen kesihatan)
Yang bagusnya supplimen jenama Himalaya ni adalah bahan utama yang mereka guna adalah berasaskan HERBA. Seperti BOWEL WELLNESS ni, ianya adalah 100% vegetarian. Bebas gula, pewarna tiruan dan rasa tiruan, bahan pengawet, dan gelatin.
Bahan-bahan:
Setiap tablet mengandungi : Triphala [Amla fruit (Phyllanthus emblica), Bibhitaki fruit (Terminalia bellerica), Haritaki fruit (Terminalia chebula)] - 250mg
Setiap 5ml mengandungi 166 mg of Triphala (penggabungan bersama Amalaki (Phyllanthus emblica), Bibhitaki (Terminalia bellerica), Haritaki (Terminalia chebula)] ekstrak buah.
Dos yang disarankan : 1-2 tablet 2x sehari atau sebagaimana yang disarankan oleh pakar perubatan anda.
Arahan Khas :
Sila beritahu doktor anda sebelum mengambil makanan tambahan ini jika anda berada dalam salah satu situasi berikut:
- Mengandung
- Menyusukan
- Diabetis
- Hipertensi
Buat masa ni Yaya makan, boleh tahan juga la kesan dia. Tapi makan time cuti hujung minggu je la. Tak berani lagi nak makan waktu hari biasa ni, sebab tak nak membuang kat office.hahaha Takdalah kerap ke tandas tapi Yaya memang bukan jenis yang suka boleh membuang kalau di tempat selain rumah, kecuali keadaan memaksa LOL ada tak yang serupa dengan Yaya ni heeee #kitageng =p
Jadi kalau korang nak cari supplemen yang sesuai untuk masalah pencernaan korang tu, boleh la cuba produk dari Himalaya ni. Mana nak dapat? Aih. Himalaya ni kan jenama yang agak terkenal. Boleh je beli kat mana-mana farmasi (kalau farmasi tu ada ambil brand Himalaya ni la) atau kat Watsons pun boleh. Kalau korang jenis yang kaki shopping online macam Yaya ni ehh! bole je cari online. hehe.
Untuk info lebih lanjut boleh layari laman sosial media Himalaya Malaysia seperti yang Yaya dah senarai + link kat bawah ni ye. =)
Untuk info lebih lanjut boleh layari laman sosial media Himalaya Malaysia seperti yang Yaya dah senarai + link kat bawah ni ye. =)
Website: www.himalayainasia.com
Instagram: @himalayamalaysia
2 Comments
Nak try gak lah nnt, kdg kdg susah nak membuang dgn lancar hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. mkn buah hari2 buang hehe
ReplyDelete