ATASI PERUT KEMBUNG DENGAN CUKA?

Assalammualaikum wbt.
24 Syaaban 1440h

RAWAT PERUT KEMBUNG ANDA DENGAN CUKA? Ish. Cuka kot tu. Habis la perut.



Eh. Sabar. Belum habis terangkan lagi cuka apa.hehe. Cuka yang Yaya maksudkan ni adalah CUKA EPAL yang telah dicampur dengan MADU ASLI dari keluaran SURYA. Jadi, bila minum pun, korang takkan rasa masamnya cuka tu pun. Sikit je adalah. Sejujurnya rasa macam JUS EPAL cuma tak manis je. Memang boleh telan la. No worries. In case kot ada yang risau nak minum sebab masam kan. Tapi takda masam pun. Just nice rasa dia.

PENGETAHUAN UMUM : APPLE CIDER VINEGAR (ACV)

Apple Cider Vinegar dalam bahasa Melayunya Cuka cider epal adalah antara jenis cuka yang paling popular digunakan untuk kesihatan semula jadi.

Ia dikatakan dapat memberi pelbagai manfaat, yang kebanyakannya disokong oleh sains. Ini termasuklah bagi PENURUNAN BERAT BADAN, MENGURANGKAN KOLESTROL, MENURUNKAN TAHAP GULA DALAM DARAH dan MENGURANGKAN GEJALA KENCING MANIS.

Ia juga merupakan antara bahan perubatan pada zaman dahulu, dan telah digunakan untuk pelbagai keperluan rumah dan sebagai bahan untuk memasak.

SURYA APPLE CIDER VINEGAR

Untuk zaman sekarang ni memang banyak dah di pasaran luar sana yang memasarkan Cuka Epal ni tapi sedap atau tidak, mahal atau murah itu terpulang la pada individu untuk memilih. Macam Yaya, Cuka Cider Epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) keluaran/brand dari Surya ni yang jadi pilihan. Bukan je sedap tapi harga pun sangat berpatutan dan rasanya WAJIB setiap rumah ada tau.haaaa


Antara kelebihan bila amalkan Surya ACV ni adalah ia dapat

❤ Membantu mengawal paras gula dalam darah 
❤ Membantu menurunkan paras kolestrol
❤ Membantu menurunkan berat badan
❤ Membantu membuang toksin dalam badan
❤ Membantu melegakan penyakit resdung dan batuk
❤ Membantu melegakan radang kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga, rumpai laut dan tumbuhan berduri
❤ Membantu melancarkan penghadaman
❤ Membantu melegakan sakit tekak
❤ Membantu mencegah karies gigi
❤ Membantu mencegah mulut berbau
❤ Membantu mencegah bau badan
❤ Membantu melegakan lebam
❤ Membantu menanggalkan ketuat pada kulit
❤ Membantu meningkatkan metabolisme
❤ Membantu mengilatkan dan melembutkan rambut
❤ Membantu untuk mencegah wajah berjerawat

Dan banyak lagi. Korang bole je tanya kat 'Encik Google' tentang manfaat dan kebaikan ACV ni. InsyaAllah tak rugi beli.

Dan ACV ni ada cara pengambilannya. Bukan sebarangan boleh ambil. Lebih-lebih lagi sangatlah tak digalakkan kalau diambil masa perut kosong. JANGAN! ok. Korang tahu kan cuka tu adalah asid. Risau lain pula jadi nanti. Tapi macam Yaya sendiri, kadang-kadang Yaya ambil sebelum makan, kadang-kadang ambil selepas makan. Alhamdulillah so far tiada masalah sakit perut ke atau lain-lain.



Cara pengambilan, seperti yang korang boleh lihat dalam gambar diatas.

* Campurkan 30ml @ 2 sudu makan Apple Cider Vinegar dengan 180ml air. Macam Yaya, sudu tu Yaya guna sudu plastik. Tak guna sudu besi. Sebab dah terbiasa kalau makan ubat atau supplimen dalam bentuk cecair ni, guna sudu plastik lebih AFDHOL gitu.haha.
* Dan, minum selepas makan ye.

Cara penyimpanan ACV ni pula, PASTIKAN korang simpan ACV ni di tempat yang dingin dan kering,ok. Macam Yaya, letak dalam peti sejuk je. Sedap je minum. Lebih-lebih lagi dengan air sejuk. Nyum3

KAT MANA BOLEH BELI SURYA ACV NI?

Surya ACV dengan madu asli bersaiz 450ml ni juga boleh didapati laman sesawang membeli belah secara dalam talian seperti di LAZADA & SHOPEE. Itu buat yang malas nak keluar membeli, buat mereka yang rajin berjalan ni boleh la dapat kan Surya ACV ni di kedai farmasi WATSONS dan di beberapa farmasi terpilih.

Untuk maklumat lebih terperinci, korang boleh ikuti perkembangan mereka di sini:


Facebook : Surya Malaysia
Instagram : Surya Malaysia

Tadi sempat juga Yaya cuci mata kat Watsons secara dalam talian ni. Surya ACV ni tengah ada PROMOTION tau kalau beli 2 botol. Nak tahu berapa boleh usha tengok laman sesawang depa naa hehe.

Korang yang ada masalah perut kembung ke, badan banyak angin ke atau yang seumpama dengannya macam Yaya ni, boleh la cuba. InsyaAllah. Perut tak rasa sebu, memulas, rasa loya ke apa sebab perut masuk angin. Yang penting, amalkan selalu secara konsisten. Barulah masalah boleh hilang sepenuhnya.

Ok lah. Macam tak habis cerita je ni. haha. Di kesempatan ini, Yaya ingin ucapkan sekali SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA pada seluruh Muslimin dan Muslimat. Moga kita semua dapat beribadah dengan lebih baik pada Ramadhan kali ini. Aamiin. InsyaAllah.


Sekian, Wassalam

Post a Comment

11 Comments

  1. yup, bagus ACV ni. lancarkan pembuangan toksik dalam badan

    ReplyDelete
  2. Sejak akhir-akhir ni memang selalu kembung, boleh amalkan ni minum apple cider.

    ReplyDelete
  3. I pun amalkan minum Surya ACV ni. Setiap malam sebelum tidur minum ni, InsyaAllah esok pagi lawa je membuang.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete