Assalammualaikum wbt.
04hb Syaaban 1440H
Bulan Syaaban dan Amalan Puasa Sunat
Alhamdulillah. Hari Keempat Syaaban. Kejap je lagi lepas maghrib masuk hari kelima dah. Ramadhan bakal tiba 24 hari lagi. MasyaAllah. MARHABAN YA RAMADHAN
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk banyak beristighfar. Dan Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih semangat dalam berusaha. Semoga Allah membukakan pintu-pintu rezeki kepada kita.
Astaghfirullahal adzim!
Amin ya Rabbal alamin.
عَنْ أُسَامَةُ بْن ُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Usamah bin Zaid bertanya; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?"
Baginda bersabda: "Itulah bulan yang manusia lalai darinya; ia bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang disana berisikan berbagai amal untuk dibawa naik kepada Rabb semesta alam, aku suka amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa."
(HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.
2. Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal.
3. Setiap kita disarankan agar memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain sebagai persiapan bertemu bulan Ramadan.
4. Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.
5. Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana baginda suka amalnya diangkat ketika sedang berpuasa.
6. Abu Bakr Al Balkhi berkata:
شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ
Maksud : Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.
Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban antaranya berpuasa sunat. Jadikanlah bulan ini untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.
Semoga bermanfaat. Sekadar ingatan buat diri dan yang membaca. Terima kasih sudi singgah blog Yaya =) Sekian, Wassalam
6 Comments
sekejap saja masa berlalu. Ramadhan bakal tiba..
ReplyDeleteselain puasa sunat ni ramai rasanya tengah pulun ganti puasa hehe..
in shaa allah di atas peringatan ni yaya
ReplyDeleteTerima kasih akak tolong memberi nasihat dan peringatan mengenai bulan yang berakah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, sebelum kita melangkah ke bulan yang mulai iaitu ramadhan al-mubarak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada akak dan sekeluarga. Amin.
ReplyDeletesalam ramadhan
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteboleh ganti puasa hehee
ReplyDelete