VASELINE® HEALTHY WHITE FRESH & FAIR COOLING UV GEL

Assalammualaikum WBT
Salam 12 Muharram 1441h
Losyen pemutih yang ringan, tidak melekit dan menyerap dengan serta-merta pada kulit, menjadikan ia tampak lebih cerah dan segar.

Didatangi dalam bentuk formula losyen gel yang tidak melekit untuk penyerapan segera.

Mengandungi mentol yang menghidrat kulit dan membuatkannya merasa nyaman dan lebih segar

Mengandungi 10x Vitamin B3 yang membantu kulit kelihatan cerah dengan menyerap jauh di dalam kulit dalam stratum corneum - ia menghalang pemindahan melanin dan membantu mengurangkan penampakan kedut, tona yang tidak sekata dan bintik hitam

Diselitkan dengan mikro titisan Vaseline® Jelly memulihkan kulit yang rosak dari dalam.

Baik untuk :
Kulit yang tidak sekata, kulit kusam, kulit kering

Apa ada pada nya?

* Vitamin B3
* Menthol
* Micro-droplets of Vaseline® Jelly
* Triple Sunscreens


Dah pernah cuba losyen terbaru dari VASELINE yang jenis tidak mudah melekit ni? Yaya mampu pakai dia punya sample je, ok. lol =p

Ingat losyen ni sama je dengan losyen yang lain kat luar sana dari segi bau terutamanya. Tapi tak sangka bau losyen ni menarik sampai buat Yaya tertarik gitu. Plus++ rasa menyesal sebab dah TERbuang voucher RM2.00 dia >,< kalau tak Yaya da bole beli dengan harga kurang dari 2 hinggit tau! wuuu

Kenapa Buang Voucher?

Sebab MENILAI DARI LUARAN! haha kemain kan. Belum cuba dah pandai nak JUDGE! Voucher dia bagi sekali dengan SAMPLE tu terus dibuang sebab fikir losyen ni mungkin sama je macam losyen-losyen lain yang dah ada. TETAPI ternyata tekaanku itu TIPU belaka! Bila dah cuba kat kulit, uih..lembut - yang ni memang fungsi semua losyen begitu kan haha. Yang paling best bau dia. Wangi! Tapi bukan bau wangi minyak wangi! Eh. Betul ke ayat tu. Ha..betullah kan. Bukan bau pewangi tapi memang best, bau dia macam lebih kepada bau segar gitu haa.

Susah nak beritahu perasaan sebenarku tentang bauan losyen ni kat korang =p Kalau nak tahu, boleh dah dapatkan kat pasaran, kedai farmasi, pasaraya dah ada rasanya. Hm. Menung je la Yaya menunggu bulan depan baru boleh beli losyen ni. Poket kering dah sebab shopping sakan masa 9.9 hari tu sampai tak ingat nak beli losyen ni LOL ^o^ adess salah sendiri padan muka kan!

Selamat mencuba dan happy shopping atau kalau tak, WINDOW SHOPPING je la dulu macam Yaya,ok. Jangan sedih. #KITAGENG haha =p

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

0 Comments