Assalammualaikum wbt.
Salam 27 Safar 1440m
Tidak khusyuk dalam solat? Ada yang pernah mengalami begini. Baik mengaku!! Yaya sendiri mengaku kadang (or selalunya..huhu) kurang khusyuk. Allahu. Banyak fikir masalah dunia, beginilah.. =(
Apa yang perlu dilakukan kalau kurang khusyuk? Jom, sama-sama kita berusaha untuk khusyuk dalam solat disamping itu, dapat juga memperbaiki mutu solat kita seharian. InsyaAllah.
Panduan untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali
Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat :
Pertama - Hudhur al-Qlabi (حضور القلب) :
Iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
Kedua - at-Tafahhum (التفهم) :
Iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
Ketiga - at-Ta’dziem (التعظيم) :
Iaitu merasai kebesaran ALLAH iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan ALLAH.
Keempat - al-Haibah (الهيبة) :
Iaitu merasa gerun terhadap keagungan ALLAH dan siksaanNya.
Kelima - ar-Raja’ (الرجاء) :
Iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada ALLAH mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh ALLAH.
Keenam - al-Haya’ (الحياء) :
Iaitu merasa malu terhadap ALLAH di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.
Selamat menunaikan ibadah solat dengan kusyuk dan sabar, semoga kita memperolehi kemenangan di dunia dan Akhirat. Aamiin. InsyaAllah.
Sekian,Wassalam =)
Sekian,Wassalam =)
3 Comments
Subhanallah, alhamdulillah. Nice sharing
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteGood sharing, yaya.. K.fiezz pun selalu mcmni.. Huhu... Time nk solat la memacam pikir. .Adeh..
ReplyDelete