Assalammualaikum wbt.
Salam 30 Safar 1440m
Saja nak tanya pendapat korang yang membaca ni. Tak kira yang baca entri kat blog Yaya ni ke, or entri blogger lain, atau baca post-post dan status-status orang yang 'UP' di page laman sosial mereka. Salah ke kita share atau berkongsi post mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agama sedangkan kita bukan orang yang baik mahupun sempurna?
Selalu je dengar orang kata, "eleh, beria cakap mengenai agama padahal diri sendiri pun tak lah baik mana."
Dari situ kita boleh tahu kebanyakan orang kita sekarang, akan tengok terlebih orang yang memberi nasihat itu daripada apa yang dinasihatkan atau perkara yang disampaikan oleh kawan tersebut. Betul tak?
Macam Yaya sendiri, kalau yang follow blog or insta Yaya, mesti perasan Yaya lebih banyak post mengenai hal-hal agama. Bukan nak tunjuk konon diri tu baik atau alim atau mungkin ada yang menyangka berpura-pura tunjuk baik atau apa-apa sahajalah tapi tujuan utama Yaya cuma 1. Demi Allah SWT.
Kita sedar kita bukanlah baik mana, jadi sebab itu post perkara-perkara ilmiah, berkongsi segala info yang berkaitan agama, mana yang Yaya ada terbaca or dengar ceramah agama, yang mana boleh Yaya sampaikan sekali, Yaya akan kongsi. Tak mahulah nanti kat akhirat ditanya, ilmu yang kita dapat, mana pergi?ada amalkan atau tidak, ada sebarkan atau tidak buat mereka yang tidak mengetahui, Allahu. Tak mahulah begitu kan. Yaya pun kalau boleh, andai umur tak panjang, blog dan laman sosial yang ada, tidak ditutup. Supaya ilmu dan peringatan yang Yaya share tu, dapat sedikit sebanyak dikongsi dengan orang yang membaca atau TERbaca sekalipun.
Tidaklah mengaku diri kita ini alim. Jauh sekali seorang wali. Tetapi apakah salah untuk kita bicara tentang agama dan percakapan ulama?
Adakah salah untuk kita kongsi ilmu yang baik, dan menyuruh masyarakat untuk menjauhi perkara yang buruk atau yang tidak mendatangkan faedah?
Atau ada yang merasa, kita perlu jadi SEMPURNA dulu? Jika begitu, maka amat lah sikit orang yang sebarkan kebaikan kerana TIADA manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini selain dari Nabi junjungan kita yang mulia Muhammad SAW.
Imam Said bin Jubair pernah berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”
Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?” (al-Jami' Li Ahkami al-Quran, Imam Qurthubi)
Sekarang beritahu, ada tak orang yang SEMPURNA?
Wallahua'lam. Sama-sama kita muhasabah diri sendiri. Pegang KANTA PEMBESAR untuk lihat kesalahan diri sendiri, bukan nya melihat kesalahan orang lain. Maaf jika ada terkasar bicara dan kata-kata atau ada tersilap informasi. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian, Wassalam..
3 Comments
Bagi saya, tak salah pun jika seseorang itunak kongsi/post yang berkaitan keagamaan. Satu dia dapat pahala sebab kongsi benda baik. Kedua, dia juga boleh belajar ilmu baru sebab sebelum dia konsi,mesti dia baca dan faham dulu. Jadi, rasanya tak salah kot.'Unless' dia kongsi ilmu yang boleh buat orang 'confuse'.
ReplyDeletebetul!
DeletePendapat Mrs. A tak salah pun tambahan lagi kalau memang niat kerana Allah.
ReplyDeleteLagipun bagus juga untuk ingatan diri-sendiri.