TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Assalammualaikum wbt.
Salam 23 Safar 1440h

Sekadar perkongsian.
Kredit : as in the photo mention

Perkahwinan ni mainly adalah tentang TANGGUNGJAWAB. Tanggungjawab bagi suami dan Isteri . Tanggungjawab bagi suami untuk bawa isteri dan anak2 menuju Redha Allah . 

Tanggungjawab bagi Isteri untuk bantu suami capai Redha Allah , didik anak2 kenal Allah swt , cinta Rasulullah SAW

Jangan culas dengan amanah dan tanggungjawab ni. Perkahwinan juga adalah tentang bagaimana suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain . 

Tiada lagi istilah " kau & aku "

Yang ada cuma kata "KITA"

Bila dah kahwin nanti, kita akan mula nampak 'flaws' pasangan kita masing2, baru kita kenal the real her/him. Waktu tu jangan kita lupa, kita juga ada kekurangan dan dia masih terima kita seadanya. 

Saling melengkapi, saling menasihati antara satu sama lain. Jalan seiring, jangan ada yg kedepan, dan jangan ditinggal sesiapa di belakang. Terima kekurangan dan kelebihan pasangan kita . 

Jangan pernah expect kesempurnaan jika kita pun tidak mampu memberikan kesempurnaan

Suami dan isteri adalah satu hati dan roh yang sama berada pada dua jasad yang berbeza .
Nanti lepas dah kahwin , akan ada satu fasa Allah swt uji dengan macam2 dugaan . 

Percayalah, semua pasangan pernah/akan rasa benda ni. 

Waktu tu, si suami pegang kuat2 tangan isteri, harungi ujian ni sama2. Genggam kuat2  smpai one day, kita akan nampak hikmah di sebalik semua yang berlaku. 

Isteri, jangan meminta sesuatu di luar kemampuan suami. Jangan mengungkit, jangan meninggi suara pada Suami. Ingat, Nabi SAW pernah sebut ramainya wanita di neraka kerana Si Isteri ramai yg mengungkit2 keburukan dan kelemahan suami. 

Bagi si suami pula , do all the best to make your wife happy. Don't ever dare to curang or lie to her sebab selalunya isteri ni instinct dia kuat. She's your soul. She will be the mother to your children. If you want to be treated like a king, treat her like a queen. 

Kalau dia membebel tu, dengar je lah. Lepas dah habis membebel, belikan dia coklat, in shaa Allah dia akan okay. Perempuan dan makanan berpisah tiada.hehe =p

Isteri pula jangan cemburu buta hahaha. Learn to trust each other. *DO NOT EVER MAKE ASSUMPTION* . Tell your spouse if you have any doubt. Jangan simpan. Settle baik2.

And last sekali , ini amanah dari para ulama kita. 

Wujudkan suasana keluarga yang cintakan Rasulullah SAW . Para sahabat dulu cerita mereka ajar anak2 mereka tentang sirah Nubuwah macam mereka ajar anak mereka baca Al Quran . 
Nabi SAW sebut , didiklah anak kamu 3 perkara :

1) Cinta kepada Nabi kamu
2) Cinta kepada kaum keluarga baginda (Ahlul Bait) 
3) Membaca Al-Quran

Jika dilakukan , in shaa Allah keluarga aman dan harmoni.
#copypaste

Sekian, pesanan dan ingatan ikhlas dari Yaya. Buat diri sendiri yang belum mendirikan rumah tangga (hehe) dan pada mereka yang bakal dan telah mendirikan rumahtangga. Saling ingat-mengingatkan tak salah kan. Moga kita dapat menjadi isteri/suami yang soleh dan solehah serta punya keluarga yang mawaddah warrohmah. InsyaAllah.


Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments

  1. Perkongsian yang bagus ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. Betul. Perkahwinan tentang kita.. Tak ada lagi ko, ko.. Aku, aku.. Dan fasa dalam Perkahwinan, palimg mencabar bagi k.fiezz awal kahwin dulu. Nak gabungkan 2 kepala jadi satu
    . Pfttt.. Berendam air mata memula dulu.. Tpi yg penting kena sabar & isteri selalunya kena byk beralah sikit..

    ReplyDelete