Assalammualaikum wbt.
Salam 3 Zulhijjah 1439h

Hari ni nak review 1 bengkel @ kedai servis kereta boleh dikatakan paling ok bagi Yaya di kawasan lembah Klang ni. Yaya ada problem sedikit dengan kereta Yaya. Boleh rujuk kat ENTRI INI. Jadi jika nak repair di pusat servis Brand kereta itu sendiri memang tak mampu la teman. Mencecah RM6k! Jadi memang da buat keputusan untuk cari bengkel diluar je. Tapi, cari bukan boleh sebarangan. Yaya seorang je perempuan. Orang boleh ambil kesempatan untuk menipu, betul tak. Jadi Yaya buat inisiatif sendiri. Iaitu dengan cari dan 'survey' di internet mengenai bengkel kereta yang bagus dan boleh dipercayai.

BENGKEL KERETA DI SHAH ALAM

Pada mulanya Yaya cari bengkel di area Shah Alam. Yela, lagi biasa di Shah Alam berbanding Klang. Dan semestinya cari tempat atau kedai itu tempat yang Yaya tahu atau biasa dengan jalan disana. Tapi tak jumpa banyak yang boleh buat kereta Yaya ni. Adalah 1-2 yang Yaya try tanya. Ada 1 bengkel ni yang berlokasi di Batu Tiga, Shah Alam. Kat sana memang kawasan 'hardware' la kiranya. Yaya dapat tahu kedai ni melalui Facebook je. Tengok page macam ok. Bila dah deal dengan kedai dan tiba masa sampai disana, tiba-tiba rasa was-was.haha. Mungkin sebab kelihatan kedai atau bengkel tersebut tak seperti yang Yaya bayangkan.

'SPARE PART' LAGI MAHAL DARI PUSAT SERVIS KERETA IMPORT

Kawasan bengkel agak kecil dan kurang teratur. Kawasan kedai yang kurang selesa. Bukan nak selesa apa, cuma sekurangnya adalah tempat yang ok bagi pelanggan untuk menunggu. Mungkin bengkel memang dikhaskan untuk buat kerja semata dan tak menggalakkan pelanggan untuk menunggu disitu mungkin. Hmm..

Dalam page mereka ada beritahu, untuk cek kerosakan pada kereta adalah PERCUMA! Ya. Ini sahaja yang Yaya puji bengkel mereka ni. Sebelum datang Yaya dah tanya mengenai kerosakan apa pada kereta dan dah tanya juga alat ganti untuk menukar barang kereta tu. Mereka meminta untuk datang ke kedai terlebih dahulu untuk sesi 'cheking' kereta bagi memastikan kerosakan sebenar pada kereta. Bila dah cek, dan sudah tahu barang apa yang perlu ditukar, Yaya tanyalah terlebih dahulu berapa kos untuk alat ganti tersebut. Dan ternyata sangatlah mahal. Malah lebih mahal dari Pusat servis kereta yang Yaya pergi tu. Dan dah tentulah Yaya tak jadi untuk terus tukar di bengkel tu.

SERVIS TERBAIK DI PUSAT SERVIS KERETA KLANG

Agak mengecewakan bila balik dari Kedai bengkel kereta di Shah Alam tu sebab tak dapat 'repair' kereta Yaya. Jadi dengan segera Yaya cuba 'usha' pula bengkel kereta yang ada di Klang. Puas cari sampailah terjumpa satu Kedai Bengkel kereta ni. 


Sumber : FB


Nama nya Pusat Servis Kereta Iridium yang berlokasi di Meru, Klang, Selangor. Bukan Meru, Ipoh Perak ye. Memang Yaya belum banyak atau explore pergi ke bengkel-bengkel kereta yang ada di lembah Klang ni. Cuma adalah beberapa sahaja. Tapi percayalah, Yaya boleh katakan bengkel kereta Iridium ni antara yang paling ok di kawasan Klang ni. Dan Yaya memang rekomen sangat untuk orang-orang disekitar Klang, Shah Alam dan yang sewaktu dengannya untuk datang ke sini sama ada untuk servis kereta atau membaiki kereta.

BENGKEL YANG MEMPUNYAI CAWANGAN


Kenapa Yaya sangat rekomen Pusat Servis Kereta Iridium ni? Banyak sebab. Antaranya, kawasan kedai yang memuaskan, bersih. Mereka juga menyediakan tempat duduk yang selesa untuk tetamu. 



Ada juga sediakan sedikit kudapan dan minuman untuk pelanggan. Memang bengkel mesra pelanggan betul. Manager bengkel yang merupakan seorang wanita (jika tidak silap saya) memang sangat peramah dengan pelanggannya. Mungkin tidak mahu pelanggan merasa terlalu bosan dek kerana menunggu sementara kereta mereka siap diservis mahupun dibaiki.


Pusat Servis Kereta Iridium ini adalah pusat servis yang diusahakan oleh bumiputra dan telah bertapak 5 tahun lalu dan mempunyai 3 cawangan di sekitar Klang. Bagi Yaya, antara syarikat atau kedai yang bagus adalah yang jenis mempunyai cawangan ni. Kedai yang mempunyai cawangan-cawangan ni kebiasaannya sistem mereka lebih jelas dan teratur dan pastinya mereka akan berikan servis yang terbaik bagi pelanggan mereka. 


Cawangan Meru

Sudah punya lebih satu cawangan pun, ini bermakna kedai servis Iridium ni bukanlah seperti kedai bengkel pusat servis yang biasa. Yaya pasti kelebihan mereka antaranya mempunyai khidmat pekerja yang bagus, layanan mereka yang mesra pelanggan juga. 



Jadi bagi mereka yang berada di kawasan lembah Klang dan yang terdekat, boleh la cuba bawa servis kereta anda di Pusat Servis Kereta Iridium ni. Dan boleh menilai sendiri bagaimana kerja mereka. InsyaAllah anda pasti berpuas hati. Jika ragu-ragu untuk terus terjah kedai mereka, boleh la PM mereka melalui Whatsapp @ Facebook mereka. 


Facebook - Pusat Servis Kereta Iridium Jln Yadi Klang - HQ

Facebook - Pusat Servis Kereta Iridium - Meru

Facebook - Pusat Servis Kereta Iridium Padang Jawa

Semoga bermanfaat ye bagi mereka yang sedang mencari Pusat Servis dan Membaiki kereta dengan harga yang berpatutan dan servis yang baik.

Sekian,Wassalam =)