Assalammualaikum wbt.
Salam 17 Zulkaedah 1439h
Hari Isnin biasa mood memang lemau sikit kebiasaanya buat Yaya. Dan mungkin buat kebanyakan orang juga tapi hari ni mood ok. Tak moody macam selalu. Haha. Dah kenapa Yaya nak moody je. Aishh =_=
LANGIT TIDAK SELALU CERAH
Tapi ku sangka siang cerah bercahaya sehingga ke petang rupanya hujan lebat guruh kilat di tengah hari. Adedei..mengapa Yaya berkata begitu ?(eh ayat skema tetiberrr) Sebab dapat 1 whatsapp dari staff Service Center tempat Yaya hantar kereta servis baru-baru ni yang telah mengemukakan satu 'QUOTATION' bagi barang-barang gantian @ 'spare parts' untuk kereta Yaya yang sedang dilanda demam kuning barangkali. Huhu
CERITA BERMULA BEGINI
2 minggu lepas baru hantar kereta untuk servis. Kereta ni sebenarnya Yaya baru amik. 'Used car' la senang cerita. Bukan kereta baru. Tahu, sememangnya kereta second hand ni memang banyak masalahnya. Sebelum nak amik pun family semua suruh amik je kereta baru. Tapi seketul Yaya ni adalah seorang yang degil. Apa yang dia nak, itu je la bendanya. Jangan disuruh tukar benda lain. Mau muncung seminggu nanti.haha
Panjang sangat pula kalau nak dicerita dari awal. Sapa je la nak baca panjang-panjang kan.haha *gelak diri sendiri* Dipendekkan cerita, bila da dapat keluar kereta second tu, Yaya terus bawa pergi services center brand kereta tu. Kenapa tak hantar je kat bengkel kereta biasa kat luar? Bukan tak nak pergi @ bukan berlagak nak servis kereta kat center je tapi untuk pertama kali servis kereta second ni biarla dari center sendiri plus++ nak minta mereka cek keseluruhan kereta mana-mana part yang bermasalah sebab tak nak nanti akan timbul masalah lain pula bila kereta dibawa dijalan raya. Yaya dah la lone ranger, yang selalu keluar seorang. Independent la sangat. Tapi sapo nak tolong den ni ha kalau tetengah jalan bawa 'hang' kereta tu tiberr kang, haaaa...jadi sebelum kerosakan besar berlaku eloklah mana-mana part yang elok ditukar tu, diganti secepat yang boleh.
MINTA 'QUOTATION'
Lepas mereka dah list kan bahagian-bahagian alat ganti kereta mana yang perlu ditukar mahupun diperbaiki, Yaya minta mereka buat senarai tu sekali dengan harga. Jadi mudahlah sikit Yaya nak buat 'kerja' nanti. Buat bajet tiap bulan. Tukar mana yang penting terlebih dahulu.
Agak lama dalam seminggu jugala menunggu sebut harga senarai barangan dari mereka. Dan bila tiba masanya iaitu hari ini, memang agak mengejutkan. Nak tau berapa kos keseluruhan?
Almost RM7k uolss >,<
Kemain tau cas labour tu. 1k++ kooo jangan memain..haha
Tapi taklah terkejut sangat bila memikirkan itu harga dari CAR SERVICE CENTER jenama kereta tu sendiri, bukan bengkel biasa. Kalau bengkel biasa di luar mungkin harga lebih murah. Terus sakit kepala hakak dek non bila tengok harga tu. Yup. Kalau tak mahu terasa sangat duit tu keluar, boleh la buat sikit-sikit. Tukar mana yang penting terlebih dahulu, kan.
Jadi apa keputusan Yaya selepas ini? Simpanan yang ada pun tak cukup. Nak pinjam wang dari AH LONG?? Oh TIDAK sama sekali. Itu keputusan orang yang kurang akal.huhu.
Jadi, nak pinjam family? Hm. nak elak sebenarnya kalau boleh. Hutang dengan mak masa amik kereta tu pun belum habis bayar lagi ni nak pinjam lagi buat repair kereta. Haha MATILANAKK mak Yaya cakap nanti. haha. Takpa. InsyaAllah ada jalan penyelesaian nanti. Tunggu je la entri Yaya seterusnya nanti (jika ada.haha). Itupun jika ada yang nak tahu la apa yang Yaya akan buat nanti untuk selesaikan masalah Yaya ni. Ececeh macam masalah besar sangat. Yaya oh Yaya....
Terima kasih buat yang sudi singgah blog Yaya & baca entri sampai habis. Much LOVE <3<3<3 nanti Yaya singgah balik blog korang ye.
Sekian, Wassalam =)
8 Comments
Mahalnya. Tak sanggup akak. Baik bayar downpayment kereta baru. Nampaknya kena bebetul buat budget.
ReplyDeletehuhu tau xpe..haihh
Deleteperasaan dilema ni sentiasa ada bila kereta rosak. Kalau boleh taknak pinjam mak tapi itu je lah cara bila sesak sangat
ReplyDeletehmm kan
DeletePegi ke bengkel kereta yang kita biasa/ sudah kenal lama. jumpa abang pomen yang boleh dikauteam minta dia check semula 'part' mana yang boleh ditangguhkan dulu dan 'part' mana yang perlu ditukar segera. Minta quotation dan bandingkan harga dengan bengkel kereta yang 'mahal giler' tadi. Jika berkemampuan, tukar segera. Jika tak berkemampuan, kumpul duit dulu dan tukar satu-satu.
ReplyDeleteyup.baik.mmg itu antara cara yg difikirkan..
Deleteterima kasih en.usry ^_^
biasa la tu., kereta mahal mntnace pn mahal la., huhu
ReplyDeletemana tau kete mahal..huhu =p
Delete