HASAN AL BASHRI

Assalammualaikum wbt.
Salam 15 Zulhijjah 1439h

Sekadar renungan bersama..


Pernah dikhabarkan dalam satu pengajian, Hasan al Bashri itu sekiranya dia menangis kerana takutkan neraka seolah2 neraka itu diciptakan hanya untuk dirinya dan bukan orang lain.

Antara kalam nasihat penuh hikmah yang pernah dituturkan oleh beliau,

"Wahai anak Adam, 
kamu tidak akan mendapatkan hakikat keimanan sampai kamu tidak mencela aib manusia yang juga ada pada dirimu, sehingga kamu memperbaiki aibmu sendiri.

Jika kamu telah melakukan hal itu, kamu tidak akan mampu memperbaiki satu aib kecuali akan menemui aib lain yang belum kamu perbaiki. 
Jika demikian, maka kamu akan sibuk memperbaiki dirimu sendiri. 
Dan hamba yang paling dicintai ALLAH adalah orang yang demikian itu."

Satu lagi kata2 beliau yang bisa menjentik hati,

"Kita tertawa, padahal boleh jadi ALLAH sedang memerhati 
amal-amal kita kemudian berfirman, 
"Aku tidak menerima amal kalian sedikit pun."
Allahu.. ='(

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam kunjungan..kata2 indah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan. sama sama muhasabah diri

    ReplyDelete
  3. cintakan dunia dapat dunia.. insyallah letak akhirat di hati dapat dua dua =)

    ReplyDelete