PELUANG PERNIAGAAN BERASASKAN KESIHATAN DENGAN ZY PHYTO

Assalammualaikum wbt.
Salam Jumaat, 29 Syawal 1439h

Berkenaan dengan apa-apa produk kesihatan @ makanan tambahan @ supplimen ni memang Yaya minat sangat. Selalu, 'promote' produk makanan @ supplimen dari seller lain. Dan Yaya selalu perhatikan juga supplimen-supplimen yang ada dipasaran sekarang ni. Bahan-bahan yang mereka gunakan kebanyakannya lebih kurang je. Bukan takat bahan, cara pembungkusan mereka juga lebih kurang serupa. Maksud Yaya, packaging supplimen mereka. Yang berbeza cuma label dan jenama pada produk. 

PRODUK KELUARAN JENAMA SENDIRI SEPERTI CENDAWAN TUMBUH

Lepas tu, di laman sosial pula lambakan produk jenama sendiri yang usahawan-ushawan kecil ini keluarkan. Kadang tu pernah juga tertanya, bagaimana mereka terutama yang masih muda ni boleh membuat produk jenama mereka sendiri. Mesti ianya sesuatu yang menarik jika dapat mengeluarkan produk kesihatan jenama sendiri ni kan. Tapi bukan sebarangan tempat kita boleh buat. Tidak mahu nanti produk yang kita keluarkan lebih-lebih yang melibatkan kesihatan ni beri kesan yang tidak baik pula buat pengguna. Diri sendiri juga yang susah nanti, betul tak.

Jadi, Yaya kaji selidik sedikit di internet, mengenai isu ni. Dimana tempat pembuatan yang dipercayai, yang mendapat kelulusan dari banyak pihak dan mempunyai proses yang tidak begitu menyulitkan. Dan terjumpalah dengan satu laman web ni iaitu ZYPHYTO.COM .

ZY PHYTO HOLDING
KING OF OEM - ONE STOP BUSINESS CENTRE

ZY Phyto, syarikat 100 peratus milik Muslim Bumiputera, merupakan pusat sehenti dalam menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan, kepada usahawan dan syarikat yang berminat untuk menghasilkan produk berjenama sendiri menerusi kontrak pengilangan (OEM), dari formulasi, rekabentuk design, percetakan, proses dan pembungkusan. Tidak arif mengenai marketing pun tiada masalah, mereka ada ZY Phyto Academy Sdn Bhd untuk memberi latihan dan ilmu perniagaan seperti pengiklanan kepada usahawan-usahawan baru ini. Lengkap kan? Semuanya di bawah 1 bumbung yang sama.

Pelanggan hanya perlu datang membawa idea & modal sahaja. Direct kilang lebih mudah dan dapat elak masalah-masalah seperti scammer, pembekal penipu,lambakan stok kerana stokis tiada atau tiada yang berminat dengan produk yag dikeluarkan, kosmetik tiruan, dan perkara-perkara yang tidak diingini yang lain.

ZY MANUFACTURING
PEMBUATAN PRODUK MAKANAN KESIHATAN

Untuk pengetahuan, ZY Phyto Manufacturing juga mengeluarkan produk kesihatan dan menurut Yaya produk-produk kesihatan yang mereka keluarkan ini sememangnya dicari dan digunakan oleh ramai orang. Jadi ini merupakan salah satu peluang yang besar bagi anda sebagai usahawan diluar sana yang mahu menggunakan khidmat ZY Phyto bagi memulakan langkah untuk berniaga bagi barangan kesihatan ini.

Antara produk kesihatan yang ZY Phyto Manufacturing keluarkan adalah 'Slimming Juice' yang  berfungsi bagi membantu proses penurunan berat badan. 'Whitening Juice 'yang bertindak sebagai antibiotik kepada sistem pembaikan kulit,anti penuaan,anti jerawat dan mengatasi masalah kulit wajah yang lain. 'Woman Health Juice' yang berfungsi merawat masalah dalaman wanita. 'Whitening powder', yang fungsinya hampir sama dengan 'Whitening juice' yang Yaya nyatakan tadi. Perbezaan ini dalam bentuk serbuk. 'Slimming Detox Powder' yang juga fungsinya hampir sama dengan Slimming Juice dan ianya dalam bentuk serbuk. Ada juga produk 'Fat Burner Powder', 'Detox Tea', Mineral Coffee, Butterfly Tea (Teh Rerama) yang kaya dengan anti-oksida juga dapat mencegah penyakit kanser. Dan tidak ketinggalan juga produk untuk minda iaitu 'IQ Booster' yang dapat meningkatkan daya ingatan.



Butterfly Tea

Detox Tea

Fat Burner Powder

IQ Booster

Mineral Coffee

Slimming Detox Powder

Slimming Juice

Whitening Juice

Whitening Powder

Woman Health Juice

Dan, untuk pengetahuan juga, bahan-bahan yang mereka gunakan juga adalah bahan yang terbaik dan juga makanan sunnah seperti madu, stevia, Aloevera, Kurma, Buah Delima, Habbatussauda,Vitamin C dan pelbagai bahan terbaik yang lain yang sememangnya dapat memberi kesan yang positif pada pengguna, InsyaAllah. 

PAKEJ CHOMEY RM3K

Jangan risau jika anda punya modal yang rendah sebab ZY Phyto yang ditubuhkan sejak 2007 ini lebih memfokuskan 100 peratus khidmat OEM dengan harga yang berpatutan bermula dari RM3,000 bagi PAKEJ CHOMEY yang boleh didapati di kedai ZY Phyto, Saudagar Herba yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor.
Modal yang kecil bukan penghalang dari seseorang untuk berjaya. Apapun kita bermula dari bawah. Bila perniagaan semakin maju, barulah fikir untuk langkah yang seterusnya. Betul tak?
HUBUNGI ZY PHYTO

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi atau layari laman sesawang seperti di bawah ini,ya :

Laman rasmi : www.zyphyto.com

Alamat :
ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD
NO.55A, Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya,
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.

Pada bakal usahawan diluar sana, jangan lepaskan peluang yang ada. Belum cuba belum tahu. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Kita takkan berjaya jika kita tidak melalui kegagalan dan bermula dari bawah. Pasti seronok jika kita dapat pulangan yang memberangsangkan hasil dari titik peluh kita sendiri, bukan. Segalanya pasti lebih bermakna.

SEMOGA MAJU JAYA

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagus betul company ni. Bermacam jenis produk kesihatan dorg boleh hasilkan👍🏻

    ReplyDelete
  2. Ada impian nak ada produk sendiri..heehe..bagusla zy phyto ni..nad dah tengok memang terbaik

    ReplyDelete