BERKONGSI MAKLUMAT ATAU SEKADAR INGIN MENUNJUK?

Assalammualaikum wbt.
Salam 25 Syawal 1439h

Sekadar perkongsian.


Tanpa kita sedari facebook / whatsapp dan sebagainya berjaya meninggalkn kesan negatif dalam diri kita kian hari. Betul tak? Waktu dahulu kala, mak ayah selalu pesan..

- Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan.. nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya kurang berkemampuan..

- Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur..dan sebagainya.

Betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui facebook / whatsapp dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas kata-kata 'share':

- Beli barang baru upload gambar
- Sebelum makan, upload gambar
- Perah susu banyak2, upload gambar
- Dapat komisen, elaun or gaji lebih upload gmbr cek, slip gaji, slip bank
- Anak dapat result exam bagus, upload gambar 'buku penyata' anak, mmm..dan banyak lagi..

Tujuannya untuk berkongsi kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tetapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tidak ambil peduli:

# ada antara yang lihat gambar makanan yg kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan,
# ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..
# ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..
# ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

Tapi yela. Yaya tahu bukan semua orang bermaksud hendak menunjuk. Isu ni pernah terbangkit sebelum ni, kan. Perkara ni, bergantung pada diri seseorang. Apa yang orang lain ada, yang mereka dapat tu, itu adalah bahagian mereka, sudah itu yang Allah rezekikan untuk mereka. Kita yang melihat ni, sentiasalah berdoa yang baik-baik sahaja, mungkin akan tiba nanti waktu itu masa kita pula, kan. Yang 'post' tu pula, kalau perkara yang dikongsi itu adalah memang untuk berkongsi, menghebahkan benda yang baik, contoh mereka yang buat 'review' makanan atau sesuatu tempat tu,guna lah ayat yang lebih kepada untuk 'mempromosikan' makanan atau tempat tersebut. Bukan ayat seperti hendak menunjuk apa yang mereka ada tu.

Yang penting NIAT. Jika niat kita baik, untuk berkongsi ilmu, maklumat dengan orang ramai, jadi tiada salahnya, tapi jika niat memang mahu menunjuk, elakkanlah sebolehnya. Ubah niat tu.

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..

Jom, sama2 kita berusaha ke arah itu..

* Jadikan laman sosial medan perkongsian ilmu.
* Jadikan lmn sosial medan tazkirah.
* Jadikan lmn sosial medan maklumat.
* Jadikan lmn sosial medan yang boleh memajukan ummah.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran..
 Aamiin.. Allahumma Ameen.
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

Oh ye, jika anda adalah seorang penjual, tidak kira jenis barangan atau perkhidmatan, hendak mempromosikan @ viral barangan mahupun perkhidmatan anda pada orang ramai,boleh hubungi Yaya, ye =D 

Atau jika ada budget promosi yang lebih besar boleh menghubungi kami di KELAB BLOGGER BEN ASHAARI seperti dibawah.


InsyaAllah. Ada hasilnya. ^_^ 

Waallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Sekian,Wassalam..

Post a Comment

3 Comments

  1. yang paling penting niat di hati.. Insyaallah

    ReplyDelete
  2. hye salam singgah..betul x salah untuk berkongsi kan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salah satu peyakit di zaman moden. Dulu menunjuk kepada jiran tetangga aje, sekaang satu dunia kau nak tunjuk!

    ReplyDelete