" ayah, kakak rasa nak jadi lelaki lah"
Soal insyirah mengejut tadi
" aik, kenapa kakak?" soal saya
Tak pernah lagi dia terlintas nak sebut benda macam ni
" Perempuan kena masak, jaga anak, tidurkan anak,kena lahirkan anak..
Lelaki senang je, lepas makan tengok handphone.."
" macam ayah.." sambungnya lagi
Aduh... Pedihnya.
Sampai hati buat ayah tak boleh tidur dengan persoalan tu, ok lah ayah settlekan pinggan mangkuk dan baju kat dapur tu.
Tengok, Sekali sekala ayah ponteng kerja rumah pun anak perasan.
Itu tak kira kalau ayah merokok, ibu ayah bertekak depan anak anak, emak bapak tak sembahyang, emak ayah kurang ajar dengan atuk nenek.
Semua ni boleh jadi 'dalil' kepada anak.
Kenapa kau tak solat?
"sebab ayah aku pun tak solat..."
Anak anak ini amanah dan hadiah tuhan. Hargai dan bertanggungjawablah dengan mereka.
Dr Muaz Aziz:
Kita kena berubah dulu sebelum menjadi contoh utk anak anak. Budak budak ni pemerhatiannya sgt tajam. Dia akan ikut apa yg ibubapa buat. Pentingnya kita ubah menjadi yg baik utk anak anak kita nanti. Kita akan menjadi bakal idola anak anak.
Selagi masih berkesempatan utk berubah, berubahlah. Sentiasa ada masa dan peluang.
Waallahua'lam
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Waallahua'lam
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
3 Comments
Terima kasih yaya utk perkongsian ringkas ini.. =D
ReplyDeletekene bagi contoh teladan kepada anak2 dari mereka kecil lagi.. Insyaallah..
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html
anak kecik memang cepat je tiru apa yg orang sekeliling dia cakap dan buat.
ReplyDelete