Assalammualaikum wbt.
Salam 3 Zulkaedah 1439h
Kasih sayang, rahmah, kewarasan aqliyah dan kepedulian sosial yang hilang merupakan nilai penting yang dicabut oleh Allah SWT daripada masyarakat. Maka yang ada hanya ketakutan, ketidakpercayaan dan kehaiwanan yang membuatkan kehidupan tidak tenteram.
Membunuh bayi, membuangnya dalam tong sampah, mengahwini kanak-kanak 11 tahun, pondan bertunang, menganiayai isteri, menyusahkan kehidupan bekas isteri, tidak memberikan nafkah kepada anak-anak yang tinggal dengan bekas isteri, menyuburkan LGBT dan entah apa-apa lagi penyakit jiwa dan mental yg berakar dalam tubuh manusia yg "normal".
Walaupun demikian, kita tidak seharusnya membiarkan gejala ini berjalan secara buta atas nama "takdir Allah" atau mengesahkannya sebagai petanda akhir zaman. Itu urusan Tuhan. Akan tetapi urusan kita mempastikan nilai yang dinyatakan itu masih tersemat dalam diri dan keturunan kita. Sekurang-kurangnya, nanti orang akan melihat nilai itu sebenarnya masih ada dan yang mengekalkannya adalah kita.
Jangan pernah berharap orang lain (kerajaan, NGO, ahli politik atau ustaz-ustaz) akan mengubahnya. Solusinya masih ada... Allah telah menyebut didalam firmanNYA yang bermaksud :
"dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat
(Hud : 3)
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (96).
Maka Apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kemunculan siksaan kami kepada mereka pada malam hari di waktu mereka sedang tidur? (97).
Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan siksaan Kami kepada mereka pada waktu pagi matahari naik ketika mereka sedang bermain? (98)
(Al-A’raf : 96-98)
Rahmat dan kasih sayang adalah nilai tiada bandingannya.... Kerana itu Allah SWT mengutamakan sifat al-Rahman al-Rahim dalam sebutan namaNya, walaupun Dia mempunyai 97 nama lain lagi.
Saya tidak mampu berkata selebihnya!
Copy paste dari kata-kata :Dr Hapiz Kodiang
Waallahua'lam
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
0 Comments