Assalammualaikum wbt.
Salam 12 Zulkaedah 1439h
Bagaimana untuk bangun awal pagi setiap hari? Masih ramai dikalangan kita menghadapi masalah untuk bangun awal pagi. Ramai yang mengadu bahawa mereka tidak sedar walaupun penggera sudah disetkan pada tahap bunyi yang paling tinggi (ni macam Yaya je ni..hehe =p)
Dan ada juga mengatakan, walaupun banyak mana dan lama mana mereka telah tidur pada waktu malam, tetapi mereka tetap juga tidak dapat elak dari bangun lewat. Lebih malang lagi akibat daripada ini ada yang langsung terlepas waktu solat Subuh! Allahu.. =(
Memadangkan masalah ini agak serius dan besar impaknya terhadap hidup kita, disini Yaya kongsikan beberapa tips untuk bangun awal pagi tanpa rasa sukar dan penat. Jom sama-sama kita amalkan ye =)
1. ELAKKAN PENGAMBILAN KOPI SELEPAS JAM 2 PETANG
Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi. Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda meminumnya, walaupun anda tidak terperasan perkara ini. Untuk menghadkan kebarangkalian gangguan terhadap tidur, maka hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang.
2. TETAPKAN PENGGERA WAKTU UNTUK TIDUR
Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya. Jangan melengahkan tidur. Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal.
Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri.
3. AMALKAN RUTIN SEBELUM TIDUR
Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur. Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.
Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah
4. JANGAN LUPA MANDI
Jangan lupa mandi untuk menurunkan suhu badan kita beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan menyamai suhu badan waktu petang secara semulajadi, seterusnya akan membuatkan badan kita cukup relaks.
5. MEMATIKAN SEMUA PERALATAN ELEKTRONIK
Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan telefon pintar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur. Kenapa ini penting? Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur.
6. WUJUDKAN SEBAB UNTUK BANGUN AWAL PAGI
Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi? Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu? Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya membuat final touch untuk presentation/ assignment, atau memasak untuk keluarga, membantu isteri menyiapkan anak atau sebagainya.
Dalam budaya jepun, ada satu istilah yang dipanggil “Ikigai” – iaitu mempunyai sebab untuk bangun pagi, dan ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai ini mempunyai umur yang panjang.
Cuba tuliskan matlamat anda pada waktu sebelum tidur, jadi bila penggera berbunyi anda akan diingatkan mengapa anda harus bangun awal pada hari tersebut.
7. LAKUKAN PERUBAHAN LANGKAH-DEMI-LANGKAH
Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda. Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam. Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula.
Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan. Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.
8. SENTIASA KONSISTEN (ISTIQAMAH)
Pastikan rutin yang kita lakukan diatas sentiasa konsisten, walaupun pada hari hujung minggu. Jangan bersusah payah memaksa diri kita bangun seawal mungkin pada hari kerja, tetapi sayangnya membiarkan diri kita mengikut nafsu tidur pada hari hujung minggu, lantas menjadikan usaha kita selama ini sia-sia.
Sebab itu Islam mementingkan konsep istiqamah – iaitu bermaksud konsisten. Dengan memastikan rutin tidur kita sentiasa konsisten walaupun pada hujung minggu, pasti proses bangun awal dipagi hari Isnin bukan lagi sesuatu yang menyeksakan.
9. BANGUN DARI TEMPAT TIDUR
Inilah bahagian yang paling sukar. Kadangkala, anda terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi. Apa yang anda buat? Tidur kembali untuk baki 5 minit itu kan?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu adalah langsung tidak berbaloi kerana ia akan membuat anda ingin tidur lebih lama, membuatkan anda semakin sukar untuk bangun apabila penggera berbunyi.
Itulah sebab mengapa orang yang menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur untuk 5-20 minit, apabila mereka bangun mereka merasakan masa bergerak sangat pantas.
Apa yang terbaik adalah bangun sahaja tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Jangan diikut rasa desakan hati kerana waktu inilah syaitan paling kuat bekerja memujuk kita tidur semula. Letakkan penggera anda jauh dari tempat tidur (diatas meja di seberang katil misalnya), supaya kita terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.
Sekali anda sudah terbangkit dari tempat tidur, ia adalah lebih mudah untuk kekal berjaga. Jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak kita mendapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin. Ia juga penting kerana badan kita terhidrat selepas tidur sepanjang malam.
Sumber: akuislam.com
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Start esok jangan bangun lewat ye. Hehe. Ok. Mohon segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Terima kasih sudi singgah blog Yaya ye. ^_^
Sekian, Wassalam.
Terima kasih sudi singgah blog Yaya ye. ^_^
Sekian, Wassalam.
7 Comments
Tips terbaek :)
ReplyDeletethanks for the tips..
ReplyDeleteHi kak..saya rabia .done follow blog kak..alhamdulillah lah saya bangun awal pagi2 dah skrg..
ReplyDeletekuikuikui, memang betul. masalah sebenarnya nak bangun pagi ni, hahaha
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteAlarm tu penting. Kalau ana set 2-3 masa berbeza as precaution. Hehe
ReplyDeleteDel kalau tak ada aktivit memang susah nak bangun..
ReplyDelete