Assalammualaikum wbt.
Rasanya semua dah tahu pasal MR.DIY kini boleh dibeli secara dalam talian (eh macam iklan pula =p) kann.. Yaya tahu sebelum dorang opening website lagi sebab ternampak diorang punya iklan BILBOARD kat tepi jalan area Klang-Shah Alam ni..hehe bila nampak je apalagi, excited pula. Sebab memang agak kerap juga keluar masuk kedai MR.DIY ni.
Datang office pi terus buka laman sesawang MR.DIY ni saja nak usha tengok apa ada. Masa tu website tak official launch lagi (masa ni tima bulan puasa kalau tak silap). Bila tau da start launching, then tengok pula ramai rakan blogger lain yang update pasal beli belah MR.DIY secara dalam talian (online) ni, Yaya pun usha la laman sesawang MR.DIY ni. Nak tengok apa barang yang ada.
promosi hanya untuk barangan P&G
Sekarang sempena perasmian laman sesawang MR.DIY, mereka tengah buat SALE! sampai penghujung bulan Julai 2018 ni! Korang dah usha belum? Walaupun Kedai DIY tu dekat je dengan area kawasan tempat tinggal Yaya (kat Aeon Jusco Bukit Raja,Klang) tapi kalau nak menyinggah sana memang payoh laa..malas yakmat! haha sekarang dah ada 'online' ni best la sikit.
Selamat sampai..=D
Ni, minggu lepas Yaya beli secara dalam talian MR.DIY. Beli sikit je, barang yang tengah ada sale..haha. Memang jimat sangat. Penghantaran dah la FREE, lepas tu dapat DISKAUN RM5 untuk pembelian kali pertama di MR.DIY ni. Memang syiok!
Penghantaran yang PANTAS!
Sampai dalam masa 2 hari je lepas Yaya buat order.
Packaging pun bagus. Di 'wrapping' dengan baik.
Guna GDEX rupanya. No wonder cepat sampai.hehe. Bukan apa, kalau guna Poslaju, Poslaju area Klang tengah bermasalah, barang kalau ada yang order dorang (seller) hantar guna Poslaju memang seminggu lebih lepas tu baru sampai. Ni MR.DIY guna GDEX, jadi memang takda masalah rasanya untuk Klang area ni. Sebab tu bole sampai dalam masa kurang 3 hari.
Boleh juga kalau nak pickup sendiri barang yang dah dibeli di kedai. Dalam laman sesawang mereka ni, akan beritahu cawangan MR.DIY mana yang terdekat dengan kediaman kita, tapi terpulang kat korang nak datang ambil sendiri barang di kedai atau tunggu mereka pos sahaja. Bagi Yaya, lebih baik pos je, dah kata percuma penghantaran kan. Kalau ambil di kedai baik terus pergi kedai je beli buat apa order online.betul ke tak.hehe
Apalagi peminat MR.DIY, dah ada jual beli melalui 'online' ni, boleh la beli barang yang korang nak tu. Tak perlu dah pergi kedai. Nanti kalau 'walkin' kedai TERlebih-lebih lagi pula kot barang yang akan dibeli.hehe. Salah satu 'sindrom' yang ada pada kebanyakan orang yang masuk kedai-kedai macam ni,kan ^o^ haa betul ke tak? jangan nak bohong tau.tak baik! hehe
Happy Shopping,ye!
p/s: shopping tu shopping juga, beringat tu kena senantiasa..jangan boros pula yeeeee ^_^
Sekian,Wassalam =)
3 Comments
Wahhh camni lagi best ! Shopping depan phone ajelah
ReplyDeleteSenang nak shopping lepas ni. Suka g Mr DIY ni sebab murah.
ReplyDeleteadoiiiiii abis lagiiii duit dengan dok kat umah je haihhhh hahhaha...tapi jenis kak sue ni nak tgk barang depan2 gak heheh
ReplyDelete