Wednesday, 6 June 2018

RESEPI : KEK BISKUT COKLAT (KEK COKLAT VIRAL)

Assalammualaikum wbt.

Bestnya Yaya dapat 1 resepi yang senang gilerrr ni kalau nak buat. Lepas tu yang paling best, guna 2 BAHAN je pula tu! Senang tak senang?? Ni kalau orang malas nak buat tak tahu lah nak cakap apa..hehe malas namatey namanya tu.. =p (hakak gurau je..)

RESEPI KEK 2 BAHAN

Bahan-bahan:

- 1 paket oreo ( kalau guna cream-o atau yang sewaktu dengannya pun ok kot. Korang cubalah. Tapi untuk permulaan, nak sedap gunalah OREO..hehe )
- 100ml susu dutch lady coklat ( guna yang putih pun ok)

Cara- cara:

- Hancurkan oreo dengan cream skali. Masukkan dalam blender. Tuangkan susu. Blendkan sehingga halus adunan.
- Masukkan ke dalam loyang (sebelum tu sapu loyang dengan sedikit planta.margerin)
- Kukus selama 20 minit dengan api kecil.

** Untuk topping terpulang pada masing-masing. Nak guna coklat chip boleh. Cairkan je kemudian sapu / tuang atas kek.

Adunan ni dapat kek kecik je. Nak besar sikit, boleh gandakan bahan-bahan tu 2-3x ye.

Lagi satu, kalau korang takda blender, boleh je kot guna lesung batu tu. Patah-patahkan biskut, lenyek dengan lesung batu tu, tapi of course tidak akan menjadi sehalus blender kan (kalau halus tu bonus kat korang..haha). Dah hancur, tuangkan susu, kacau sebati. Tapi bila dah kukus tu takda pun yang ketul-ketul kasar tu. Lembut juga. So, sesiapa yang kat rumah takda blend atau nak buat tengah malam takut ganggu jiran sebelah dengan bunyi blender korang tu haaa boleh cuba guna lesung batu ye. Bukanlah suruh tumbuk kuat-kuat, tapi lenyekkan je. Ok?

Boleh la cuba resepi ni untuk buka ke, sahur nanti ke. Nak buat untuk makan sendiri ke, untuk raya ke suka hati kome la..hehe yang penting rasa sendiri dulu sebelum nak jamu orang lain makan,ok.haha. Selamat mncuba☺☺

Sekian, Wassalam =)

No comments:

Post a Comment

Sponsor





Popular Posts