Assalammualaikum wbt
RASULULLAH menganjurkan kita supaya tidak tidur lagi setelah makan sahur. Dimana ini merupakan kebiasaan buruk kita saat bulan ramadhan. Jom kita lihat apa penjelasan berdasarkan kajian medik jika kita tidur selepas sahur / makan ni.
Tidur setelah sahur atau selepas makan, dapat menimbulkan kesan tidak baik untuk tubuh, terutama pada metabolisme badan dan juga sistem pencernaan.
METABOLISME
1. Banyaknya tenaga yang tidak aktif akan berkumpul, tenaga yang berkumpul ini akan menjadi lemak yang dapat menyebabkan berat badan bertambah.
PENCERNAAN
2. Makanan akan berkumpul di pinggang, asam pinggang dan makanan akan kembali naik ke kerongkong dan menyebabkan iritasi dari kerongkong.
Otak bekerja dengan baik saat mendapat nutrisi ( setelah makan ) dan saat dini hari ( sekitar pukul 3 pagi hingga 6 pagi ), jika kita dapat memanfaatkan waktu sahur dengan baik (tidak terus tidur) atau membuat sebarang kerja, membuatkan otak kita dalam keadaan terbaik (sehabis makan dan waktu dini hari) .
Jadi, gunakanlah waktu habis sahur atau selepas makan anda dengan sebaik2nya misalnya menghafal Al quran atau hadist dan menghafal ilmu ilmu agama yang lain.
Wallahu'alam.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
4 Comments
cik nor tdo lepas sahur..huwaa.. tp dah siap solat subuh dan mengaji la..hehe
ReplyDeletesangat tak elok. selepas sahur dan subuh.. waktu pagi2 rezeki masuk. tapi itulaaah time2 gitu godaan katil tilam sedap memanggil..
ReplyDeleteKalau tidur lepas sahur, bangun tu mesti rasa lemau je. Tu yg x best.
ReplyDeleteperkongsian menarik. biasa kalau tidur lepas sahur lagi letih
ReplyDelete