Assalammualaikum wbt.
Mood petang ni nak share resepi yang antara PALING MUDAH. Guna blender sahaja. Bukan je cara mudah, bahan-bahan yang digunakan pun amatlah senang.hehe. Tak caya, apa kata cuba sediakan bahan dan kita masak bersama-sama. Ewahh =p
Resepi asal tidak diketahui sumber, moga dihalalkan perkongsian resepi yang enak banget ini..hehe dan TERIMA KASIH kerana berkongsi resepi ini di media sosial. ^o^
APAM BALIK HOME MADE
kredit : pinterest.com
(maaf la. saje buh gambar gedabak, nak bagi korang melting lalu terus terasa nak membuatnya....hahahah =p)
BAHAN A
1 1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 cawan gula
Sedikit pewarna kuning
BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
BAHAN INTI
Sedikit gula
Kacang tanah kisar
Jagung berkrim
CARA PENYEDIAAN ⤵️
1. Campurkan bahan A ke dalam blender dan blend kan sahaja.
2. Tambahkan bahan B pula ke dalam campuran bahan A tadi. Blend kan bersama
3. Tuang bancuhan ke dalam kuali leper (pan) mengikut saiz Apam Balik yang korang suka
4. Sekarang untuk inti, taburkan gula, kemudian kacang tanah kisar dan jagung berkrim
5. Bila dah masak, lipat dan angkat ke dalam bekas
6. Last sekali, boleh potong dan sedia dihidangkan untuk yang tersayang...uhuhu
Nota : Untuk inti tu kalau korang dah pandai buat, dah kreatif boleh pelbagaikan perasa untuk inti tu. sekarang tengok kat pasar makanan pun dah ada yang jual apam balik coklat la, kacang merah, kacang hijau la..macam-macam kan..so, ikutla sedap tekak dan kretiviti korang macamana, ye.
Nota : Untuk inti tu kalau korang dah pandai buat, dah kreatif boleh pelbagaikan perasa untuk inti tu. sekarang tengok kat pasar makanan pun dah ada yang jual apam balik coklat la, kacang merah, kacang hijau la..macam-macam kan..so, ikutla sedap tekak dan kretiviti korang macamana, ye.
Selamat mencuba tau! Sekian, Wassalam
6 Comments
Ni mesti apam balik versi nipis rangup tu. Syok makan, kdg2 tak sedar dah makan banyak 😅
ReplyDeletesimple je..nampak do able
ReplyDeletesuka makan apam balik crispy tu tapi jarang orang jual
ReplyDeleteTak sabar plak kita nak cuba...hik3. favorite kita kot makan apam balik dr kecik smpai anak tiga
ReplyDeletesedapnyaaaa. ray dah lama x makan apan balik. selalu beli je. x penah buat sendiri.
ReplyDeleteuishh kalau ada depan mata ni, mahu telan 5 ketul hahaha. i love apam balik tebal tebal
ReplyDelete