DAHSYATNYA SEDEKAH

Assalammualaikum wbt
Salam 27 Ramadan 1439h


Nabi pernah bersabda: sedekah dapat menolakkan bala, sedekah dapat menyembuhkan penyakit, sedekah dapat memanjangkan umur (menunda kematian).

Kenapa orang yang dah mati mohon dihidupkan semula untuk sedekahkan hartanya? Kenapa tidak pilih buat umrah atau puasa sekiranya dia dikembalikan ke dunia.

Sebagaimana Allah menceritakan di dalam Al-quran (Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke satu masa yg sedikit saja lagi supaya aku dapat bersedekah.

Tidak menyebut oleh orang yang mati akan sedekah melainkan besar kesan sedekah yang telah dilihatnya selepas dia mati. Oleh itu perbanyakanlah sedekah, lebih-labih lagi di hujung waktu bulan Ramadan ini. Masih ada waktu untuk kita meraih keberkatan didalam bulan yang mulia ini. InsyaAllah. Sesungguhnya orang yang beriman di hari kiamat dapat berteduh di bawah bayang sedekahnya.

Dan tolong sedekah kepada orang yang telah meninggal dunia dikalangan kamu, sesungguhnya mereka beranggan2 ingin balik ke dunia dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi orang soleh. Oleh itu tolong tunaikan angan2 mereka dan latih anak2 kamu bersedakah.

"Bala tidak pernah mendahului sedekah"

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
Wallahualam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

1 Comments