Tuesday, 12 June 2018

RESEPI : CORNFLAKES BERSALUT COKLAT

Assalammalaikum wbt.

Ada lagi ke yang tengah cari resepi pasal biskut kuih raya ni? Biskut yang paling senang, tak perlu bakar. Iaitu Cornflakes Cluster atau Cornflakes Bersalut Coklat. hehe. Takpelah kalau dah takda orang nak buat kuih lagi =p. Yaya share je kat sini. Untuk rujukan semua. =)


CORNFLAKES CHOCOLATE
sumber: google
Bahan-bahan :

  • 400 gm cornflakes jenama kellogs - atau ikut kalau nak tambah lebih supaya dapat banyak pun boleh
  • 250 gm dark chocolate compound
  • 250 gm milk chocolate compound
  • 1 sudu kecil minyak masak / butter
  • Paper cup secukupnya


Cara :

  1. Guna kuali besar, letak atas periuk berisi air panas.
  2. Masukkan semua coklat dan 1 sudu kecil minyak kedalam kuali. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler (kuali diatas periuk berisi air panas)
  3. Dah cair, masukkan cornflakes. Kacau rata. angkat kuali dari atas periuk.
  4. Masukkan kedalam paper cup menggunakan sudu. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk bahagian bawah selama beberapa minit sehingga coklat keras. Dah beku boleh la simpan dalam balang.

Kredit : instagram - @enyabdullah83
Selamat mencuba ye. Sekian, Wassalam =)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts