Assalammualaikum wbt
Sepertimana Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?;
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan; Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara
(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar"
(Al-Qadr 97:1-5)
Lailatul Qadr adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan
sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
(Ad Dukhan 44:3)
Malam penuh berkat ini adalah malam Lailatul Qadr dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada malam Lailatul Qadr kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadr akan diampunkan oleh Allah. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadr kerana iman dan
mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
Oleh itu amatlah rugi siapa yang lalai untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Usahlah kerana sibuk dengan persiapan raya kita lupa dan leka untuk beribadah pada malam terakhir Ramadhan. Persoalannya, bolehkah kita jamain bahawa kita akan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan? tepuk dada tanya iman.
Wallahualam.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
2 Comments
cepatnya masa berlalu
ReplyDeletePecutan sepuluh malam terakhir. selamat beribadah Yaya
ReplyDelete