JANGAN LUPA UPDATE AKAUN TABUNG HAJI SEBELUM 8 JUN 2018

Assalammualaikum wbt.
Salam 21 Ramadan 1439h
Seperti yang anda lihat diatas, jangan lupa ye untuk mengemaskini Akaun Tabung Haji Anda SEBELUM 8 JUN bersamaan hari Jumaat ini kalau tidak mahu akaun anda dipindahkan ke AKAUN TIDAK AKTIF

Anda merupakan salah seorang pendeposit di dalam Tabung Haji? Haa kalau anda salah sorangnya, maka seeloknya anda perlu ambil tahu mengenai hebahan terkini berkaitan akaun Tabung Haji dimana anda MESTI mengemaskini akaun TH anda SEBELUM 8 JUN 2018 bersamaan pada hari Jumaat ini!

Kenapa perlu mengemaskini akaun TH ini? Ini adalah kerana pihak TH akan melakukan pemindahan akaun pendeposit yang tidak aktif ke dalam kumpulan 'AKAUN TIDAK AKTIF' bermula 9 JUN 2018 dan ia akan membawa implikasi yang besar kepada anda sebagai pendeposit.


Akaun Tidak Aktif

Akaun tidak aktif ialah akaun pendeposit TH yang tiada sebarang transaksi di pihak pendeposit dalam tempoh selama 7 tahun. Jika dalam tempoh 7 tahun tersebut, anda sebagai pendeposit tidak melakukan sebarang transaksi samada penambahan atau pengeluaran deposit, maka akaun anda dianggap tidak aktif.

Seandainya akun TH anda telah dimasukkan ke dalam kumpulan 'AKAUN TIDAK AKTIF' ini, ia akan mengakibatkan peluang untuk anda mengerjakan haji pada tahun semasa terlepas dan terpaksa menunggu pada tahun berikutnya.

Tidak Layak Terima Agihan Hibah TH

Malah, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TH, mana-mana akaun yang dianggap tidak aktif ini, anda juga tidak layak untuk menerima agihan hibah tahunan atau hibah haji mulai tahun 2018.

Pengumuman ini telah dibuat oleh pihak TH menerusi siaran akhbar yang disiarkan di laman FB rasmi Tabung Haji pada 30 Mei 2018 yang lalu.

Jadi, apa yang anda harus lakukan?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji seluruh Malaysia dan lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi samada penambahan deposit atau pengeluaran wang menerusi akaun Tabung Haji. Anda juga boleh melakukannya secara dalam talian menerusi laman sesawang THIJARI.

Jika tidak pun, anda juga boleh pergi ke mana-mana agen TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank untuk membuat transaksi ini samada menerusi kaunter mahupun secara atas talian (online) sebelum 8 JUN 2018.

Pihak TH juga menasihatkan pendeposit untuk membuat pengemaskinian profil seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji bagi urusan surat penghantaran tawaran haji serta pengurusan harta oleh waris.
Sekian,Wassalam.

Post a Comment

1 Comments