Thursday, 14 June 2018

KEPULANGAN YANG DINANTI...

Assalammualaikum wbt.

Ada ke yang tak balik kampung halaman lagi? Taknak balik atau disebabkan kerja yang harus diselesaikan terlebih dahulu?

Kalau boleh balik tu diawalkan, balik la awal ye, jangan terlalu sibuk dengan kerja hingga lupa pada ibu ayah di kampung.

Sekadar mengingatkan =)

Buat kakitangan awam, unit badan beruniform yang tidak dapat pulang beraya dikampung disebabkan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat negara ini, anda memang seorang yang hebat! Teruskan semangat anda demi negara tercinta ini, ye. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kamu. Ingat, kerja tu biar ikhlas kerana Allah, baru ada ganjarannya.. =) Allahu.

Gambar sumber : Instagram Lukisan Dakwah Islam

Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

1 comment:

  1. alaaa sedihnya tengok gambar ni.. hurm syukur masih ada kampung halaman. cuma rindu pada arwah ayah sangat =(

    ReplyDelete

Sponsor





Popular Posts