Thursday, 14 June 2018

DESSERT : STRAWBERRY YOUGURT MUFFIN

Assalammualaikum wbt.

Gambar kredit to google

Bahan-Bahannya :

125 gm mentega
125 gm gula halus
2 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*diayak)
150 gm yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil

Cara membuatnya :

-Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup.
-Ketepikan.
-Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
-Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
-Boleh guna apa perisa yogurt mengikut kegemaran....

Gambar kredit to : bluegrass bite

Topping atas muffin untuk dijadikan dessert:
- Letak jem strawberry di atas muffin.
- Kemudian bubuh je aiskrim atas jem tu dalam 1-2 sudu @ 1scoop.
- Taburkan chocolate rice@chip di atas aiskrim (seperti didalam gambar)
- Siap di makan! 

Selamat mencuba! Sekian, Wassalam.. =)

1 comment:

Sponsor