Sunday, 23 December 2012

RESEPI : DESSERT MUFFIN

Assalammualaikum w.b.t.

STRAWBERRY YOUGURT MUFFIN

Bahan-Bahannya
125 gm mentega
125 gm gula halus
2 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*diayak)
150 gm yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil


Cara membuatnya 
-Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. -Ketepikan.
-Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
-Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
-Boleh guna apa perisa yogurt mengikut kegemaran....

Topping atas muffin untuk dijadikan dessert:
- Letak jem strawberry di atas muffin.
- Kemudian bubuh je aiskrim atas jem tu dalam 1-2 sudu @ 1scoop.
- Taburkan chocolate rice@chip di atas aiskrim (seperti didalam gambar)
- Siap di makan! 
                       <--sengaja edit ;p
Aummmm!! ^,^ 

Nak design len pun buleh...suka t korang la..Yaya ni bukan reti sangat.. ^,^
Dalam pic tu tmbh cokelat yg tegak tu..pastu sdikit bijirin dan biskut oreo di tengah muffin (kene potong la)

Perkara yang anda tidak tahu tentang Dessert Muffin yang Yaya buat ni....adalah....ianya sebenarnya adalah muffin yang tidak menjadi!! huuuu >,< disebabkan tidak menjadi Yaya terus buatkan ia menjadi dessert..erkk. tapi tetap sedap..hoho ;p kenapa tidak menjadi?? Sebab Yaya suka mengubah suai resepi sesuka hati dan inilah jadinya...mohon jangan tiru jika tiada keyakinan diri..^o^ peace!

Sekian,Wassalam.. =)

17 comments:

  1. Nak cuba nanti . Huhu ,lama dah tak baking sebenarnya

    ReplyDelete
  2. kreatifnya yaya. berani ubah resepi ya. nasib baik boleh makan jugak. haha.. anyway memang menggoda tekak cikna. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..gatai tgn cik na..nak wat cmne..
      sudahnya xjadi..huuu ;p

      Delete
  3. rajin cik yaya msak ye ? lpas ni bleh la wt rjukkan resepi dkt sni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..yg senang2 je boleh la..
      lau mntk resepi msak lemak cili api ke...
      rendang ayam ke..mmg xreti la den..huhu

      Delete
  4. wah, menarik sungguh..sedap anna tengok muffin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupon xjadi tp ttp sedp cik anna..hehe ;p

      Delete
  5. bertuah bakal suami yaya nnt. rajin masak.kenyang perut dia setiap hari..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde knyg sgt la cik didiey lau takat msk yg simple ni je..huuu

      Delete
    2. yg penting air tangan yaya :) tu paling utama..kan kan kan..hehe

      Delete
  6. lapar tgk cik yaya punya desert :D

    ReplyDelete
  7. hihi , shiyda pn ada try buat muffin hari tu , last-last tak jadi , sedih giler ! tp mkn jugak , rugi nk buang . haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. samela kan..
      xpe shiyda..kita try lg smpi bjaya ok! hehe

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016