SURAH AD-DUKHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Nak share pulak hari ni sempena ketibaan malam Jumaat..heee...banyak manfaat nyer ari Khamis malam Jumaat ni kan..ehemm...
Selalu mesti korang amalkan baca Surah Yassin..atau Surah Al-Kahfi tiap malam Jumaat kan..tapi xramai yang tahu tentang kelebihan membaca Surah Ad-Dukhan di malam Jumaat ni..termasuk Yaya..hehe.. Alhamdulillah..dah mula amalkan pula Surah ini selain membaca Surah Yassin dengan Al-Kahfi. =)

Surah Dukhan ni adalah Surah ke-44 dalam Al-Quran dan tergolong dalam Surah 'Makkiyah' yang mempunyai 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan, bermaksud 'Kabut,Jerebu atau Asap'. Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dahsyat.


Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.

3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya denganmudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” 
(HR: Abu Hamzah Tsumali) 

Malam Jumaat
1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).


3.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

4.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan maksudnya.


Wallahualam...
InsyaAllah..same2 la kita menambah amalan kita..yang penting niat dalam hati tu..sentiasa hendak mencari REDHA ALLAH....

Sekian,semoga bermanfaat..Wassalam =)

Post a Comment

55 Comments

  1. Terima kasih atas kerana share ^_^

    ReplyDelete
  2. betul 2.. apa yang penting ialah niat.. niat yang baik pasti ganjaran juga baik..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    sama2 kita mengamalkannya..

    ReplyDelete
  4. waaa,terima kasih berkongsi :)
    Sama-2 kita amalkan ! ^__^

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... sy pun dah mula amalkan surah ni...
    mari kita terus beramal...

    ReplyDelete
  6. besarnya kuasa Allah..besar fadhilat membaca surah ni.didiey pun baru tahu.thanx a lot yaya :) insyaALLAH sama2 kita amalkan membaca surah ni.

    selain tu, setiap malam elok baca surah Al-Mulk.didiey tak igt fadhilatnya. nnt didiey check balik n inform yaya ok,tak pown didiey buat entry tentang tu =)

    ReplyDelete
  7. yg tau yasin & kahfi je. thanks sharing yaya. boleh amalkan lepas ni. :)

    ReplyDelete
  8. info yang bagus . bersama2 kita amalkan , insyaAllah

    ReplyDelete
  9. selamat beramal.... nak baca boleh.. nak istiqamah tu yang payah.. sebab tu pahala istiqamah tu besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kalau boleh bca dgn terjemahan sekali...
      bia phm di hati dan di akal..bukn setakat baca di mulut.. =)

      Delete
  10. saya baru tau.. banyak jugak klebihan dia,,huhu
    thanks Yaya for the ilmu... (^____^)

    ReplyDelete
  11. yaya yaya!! ni dia

    http://ezatichumel.blogspot.com/2012/12/jom-baca-quran.html

    kita share ilmu yg sikit ni sama2 :)

    ReplyDelete
  12. Buat pengetahuan semua juga,Rasulullah pernah berkata 'sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh ayat (tanda) sebelumnya. Beliau kemudian menyatakan :

    1)AD-DUKHAN (asap/kabut) 2)Dajal (pendusta) 3)Dabbaah (binatang yang akan keluar dari perut bumi) 4) matahari terbit dari (sebelah) barat 5)turunnya Nabi Isa A.S 6) Yakjuj dan Makjuj 7-9) tiga gempa bumi iaitu di timur,barat dan di Semenanjung Arab, dan yang terakhir adalah 10)keluarnya api dari Yaman yang membawa manusia ke tempat mereka berkumpul.'

    (Sahih Muslim,Bahagian Fitnah dan Tanda-tanda Kiamat 18:27-28)

    ReplyDelete
  13. Kalau tak singgah blog nie, tak tahu pun pasal surah Ad-Dukhan. Terima kasih kerana sudi berkongsi! Lepas nie nak cuba amalkan surah Ad-Dukhan pulak. :)

    ReplyDelete
  14. Thanx for sharing yaya..
    banyak manfaatnye..Insyallah..sama² kita amalkan..

    ReplyDelete
  15. nice shera, terimakasih sudah berbagi

    ReplyDelete
  16. Hello cik yaya,...malam jumat memang bagus untuk beramal, apalagi membaca alqur'an pasti banyak pahalanya
    terima kasih sudah berbagi
    jangan lupa singgah balik yah...

    ReplyDelete
  17. mmg betol2 xtau... nasib baik ade info kat sini... hee ^^

    ReplyDelete
  18. nice info cik yaya , baru tahu pasal ni . thnks :)

    ReplyDelete
  19. noted.. nice sharing..

    selamat beramal ^^

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, perkongsian yang bermanfaat utk semua..smoga dpt diamalkan oleh kita semua..insyaallah, thanks yaya

    ReplyDelete
  21. terima kasih di atas perkongsian di atas... ^_^

    ReplyDelete
  22. perkongsian y bagus yer cik yaya....hihi

    ReplyDelete
  23. byk kelebihan ya surah ni. Baru tahu. Terima kasih utk perkongsian cik yaya. InsyaAllah, boleh diamalkan lps ni ;)

    ReplyDelete