Assalammualaikum w.b.t.

Nak share pulak hari ni sempena ketibaan malam Jumaat..heee...banyak manfaat nyer ari Khamis malam Jumaat ni kan..ehemm...
Selalu mesti korang amalkan baca Surah Yassin..atau Surah Al-Kahfi tiap malam Jumaat kan..tapi xramai yang tahu tentang kelebihan membaca Surah Ad-Dukhan di malam Jumaat ni..termasuk Yaya..hehe.. Alhamdulillah..dah mula amalkan pula Surah ini selain membaca Surah Yassin dengan Al-Kahfi. =)

Surah Dukhan ni adalah Surah ke-44 dalam Al-Quran dan tergolong dalam Surah 'Makkiyah' yang mempunyai 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan, bermaksud 'Kabut,Jerebu atau Asap'. Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dahsyat.


Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.

3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya denganmudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” 
(HR: Abu Hamzah Tsumali) 

Malam Jumaat
1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).


3.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

4.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan maksudnya.


Wallahualam...
InsyaAllah..same2 la kita menambah amalan kita..yang penting niat dalam hati tu..sentiasa hendak mencari REDHA ALLAH....

Sekian,semoga bermanfaat..Wassalam =)