SELAMAT HARI RAYA 2018 1439H

Assalammualaikum wbt.
Salam 4 Syawal 1439h

Selamat Memandu

Rasanya masih belum terlambat untuk Yaya ucap Selamat Memandu kepada mereka yang balik kampung kan..atau mereka yang pulang dari kampung..hehe

Sebelum mula perjalanan baca Doa Naik Kenderaan

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
Doa Tawakkal

 بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ،
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Dengan nama ALLAH, Aku berserah diri kepadaNya, & tidak ada daya & kekuatan kecuali dengan pertolonganNya.

Hati-hati memandu, pastikan kereta anda dalam keadaan yang baik dan sebaiknya service dahulu kereta sebelum bertolak. Jangan biarkan kereta rosak di tepi jalan menjadi penghancur keseronokan untuk balik kampung.

Yang paling penting, pastikan diri anda juga sihat untuk memandu dan cergas sentiasa supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak enak berlaku.

Kalau mengantuk rehatlah dulu. Kalau jem, sabarlah kerana itu sudah menjadi kebiasaan di hari raya.

Semoga semuanya selamat sampai untuk bertemu dengan sanak saudara. Aamiiin!

Di kesempatan ini...sedikit kata 2 dari Yaya untuk yang membaca.. =)


Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan yang LAST Untuk Kita Semua 
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP tak ada yang takbuat dosa…

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Mesej di laman sosial dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidil fitri.

Selamat Hari Raya Idul Fitri Maaf Zahir & Batin

Post a Comment

5 Comments

  1. salam aidilfitri Yaya.. maaf zahir batin. have a blast eid =)

    ReplyDelete
  2. akk balik kg dua hari je..huhu

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya utk yaya sekeluarga..beraya kt mn tahun ni?

    ReplyDelete