BOLEH KE UCAPAN R.I.P PADA YANG BUKAN ISLAM?

Assalammualaikum wbt.
Salam 2 Syaaban 1439h


Sebenarnya tiada doa kebaikan R.I.P (rest in peace) bagi kematian bukan yang beragama islam. Ianya dilarang hatta kepada Nabi sendiri. Mengapa?


Dari Al-Musayyab bin Hazn bahawa Rasulullah SAW menziarahi Abu Talib (pakciknya) di saat-saat dia tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana. Rasulullah SAW bersabda: 

"Pakcik, ucaplah dua kalimah syahadah, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah." 

Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: 

"Wahai Abu Talib, sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib?" 

Rasulullah tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan kalimah syahadah. 

Rasulullah SAW bersabda: 

"Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu selagi aku tidak dilarang"

Sehinggalah Allah menurunkan ayat yang bermaksud: 

"Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun 
bagi orang-orang yang syirik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri. 
Telah nyata bagi mereka bahawa orang-orang syirik itu adalah ahli Neraka." 

Firman Allah bersempena dengan peristiwa Abu Talib bermaksud: 

"Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah iaitu petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya iaitu menurut undang-undang peraturannya dan Dia jualah yang lebih mengetahui siapakah orang-orang yang ada persediaan untuk mendapat petunjuk memeluk Islam."

(Sahih Muslim)
Wallahualam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

3 Comments

  1. Sedih kan.. Bila budaya sekarang terlalu terikut-ikut budaya barat

    ReplyDelete
  2. saya pernah ditanya oleh pembaca blog..

    bolehkah kirim doa al fatihah kepada orang bukan Islam jika ada rasa rindu..

    saya jawap tidak boleh kerana Al Fatihah hanya untuk orang Islam..

    saya jawap lagi...boleh untuk bagi doa supaya diberi hidayah sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.pernah juga dgr bgitu.cuma boleh doa agr mereka diberikan hidayah.

      Delete