Assalammualaikum wbt.
Salam 3 Syaaban 1439h
Aaminn Ya Rabb. Alhamdulillah. Kurang sebulan je lagi ni.=) Mudah-mudahan dapat kita merasa bulan Ramadhan tahun ini. InsyaAllah.
Saja nak share tips seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk diatas. Apa yang penting, niat, amal ibadah kita.
AGAR DAPAT TERLEPAS DARI AZAB SEKSA KUBUR:
■ Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
■ Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
■ Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".
■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.
■ AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.
■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.
■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".
■ Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.
■ Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.
■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.
■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa
WALLAHUA'LAM...
Dari :Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
Dari perkongsian tips kat atas ni kita boleh tahu apa yang paling membuatkan kita dapat terhindar dari terkena azab seksa kubur yang amat pedih itu (Wallahua'lam). Betul. AL-QURAN. Allahu. Jadi rajin2 kan diri kita ini membacanya ye. Bukan sekadar membaca dimulut sahaja, tapi jika boleh fahami maksudnya. Sama-sama kita muhasabah diri dan mempertingkatkan kualiti amal ibadah kita, ye. InsyaAllah.
Sekian, Wassalam. =)
10 Comments
perkongsian yang amat bermanfaat ..
ReplyDeletemoga-moga kita diberi kekuatan untuk beramal dengan membaca al Quran
Amiin InsyaAllah
Deleteinshaallah
ReplyDeleteAamiin
Deletesemoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah swt..insyaAllah
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsiannya dik..
ReplyDeleteterima kasih kongsi ilmu ni :)))
ReplyDeleteperingatan utk kita :D
ReplyDeleteYaya...hihi lama tak jenguk sini...bz ler wak :(
ReplyDeletesamela.huhu
Delete