Assalammualaikum wbt
4 Rejab 1439h
4 Rejab 1439h
SEDEKAH. Sedekah bukan mengurangkan rezeki tetapi menambahkan lagi rezeki. Hari ini, kita bersedekah sebanyak RM100. Secara zahirnya, sedekah tadi telah mengurangkan wang kita. Namun hakikatnya tidak begitu. Kemurahan hati untuk bersedekah juga merupakan satu rezeki, mengapa?
Kerana dengan kemurahan hati kita bersedekah, kita akan mendapat manfaat manfaat lain yang lebih besar dari wang RM100 itu.
Itu janji Allah.
Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Kerana dengan kemurahan hati kita bersedekah, kita akan mendapat manfaat manfaat lain yang lebih besar dari wang RM100 itu.
Itu janji Allah.
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Ayat 261, Surah Al-Baqarah)
(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)
Sekadar perkongsian untuk renungan dan muhasabah diri bersama. Maaf dipohon jika ada tersalah info, ayat, dan yang seumpamanya.
Sekian,Wassalam =)
1 Comments
good sharing
ReplyDelete