TIPS MEMILIH PROTEIN YANG SIHAT

Assalammualaikum wbt.

Perkongsian mengenai DIET & KESIHATAN lagi, guys! ^o^ Hari ni Yaya nak share pula tips berkenaan dengan PROTEIN. Nak ambil protein pun perlu memilih. Bukan semua protein SESUAI untuk diambil dengan keadaan badan kita. Baca tips dibawah, ye =)

Tip 1
Upgrade protein dalam diet anda. Amatlah digalakkan untuk anda memakan makanan yang kaya dengan protein seperti kacang, tofu, ikan, ayam dan telur daripada memakan daging proses.

Cuba buat 'Turkey Breast' dengan kacang hitam dalam burger anda daripada burger proses biasa. Atau potong dada ayam ataupun ikan salmon untuk sandwich anda daripada bahan2 instant untuk sandwich yang tinggi kandungan garamnya.

Tip 2
Jangan stresskan sangat quality protein. Kebanyakkan makanan diet mengalakkan anda makan protein. Dengan memakan pelbagai makanan kaya protein, sebagai contoh, telur untuk sarapan, salad ayam untuk makan tengahari ataupun salmon dan tofu dengan oats untuk makan malam, akan memastikan anda mendapat bekalan protein dan asid amino yang anda perlukan. Pilih makanan tinggi protein daripada meminum protein shake kerana sesetegah protein shake diperkaya dengan gula.

Tip 3
Cuba hari tanpa daging setiap isnin. Diet yang diperkaya protein daripada tumbuhan akan membuahkan keuntungan kepada kesihatan anda. Jadi cuba masukkan sayur protein tinggi dalam diet dan makanan anda. Hari tanpa daging juga lebih murah, disebabkan kacang, sayur dan multigrain lebih murah daripada daging.

Tip 4
Makan soya secara sederhana. Tofu dan soya adalah alternatif daging yang baik. Di sesetengah negara , tofu dan soya adalah makanan rugi mereka.

Tip 5
Kurangkan carbo dan lebihkan protein. Ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Memakan lebih protein juga akan mengenyangkan anda lebih lama daripada carbo.

Cubalah tips-tips diatas ini. Masukkan protein seperti ini sebagai sebahagian daripada makanan anda. Selamat mencuba. Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

1 Comments