7 TIPS MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DAN STRESS

Assalammualaikum wbt.

Pada satu-satu masa, kita semua akan mengalami keadaan tekanan atau stres. Namun, yang membezakannya adalah cara setiap individu menangani tekanan tersebut. Terdapat pelbagai strategi untuk menghadapi tekanan ini dan salah satunya adalah dari segi pemakanan atau diet.

Tip No 1: OREN

Kita sedia maklum yang buah oren diperkaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan vitamin C dapat mengurangkan tekanan di samping meningkatkan sistem imunisasi badan. Hasil satu kajian kes ke atas mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mendapati bahawa paras tekanan darah dan kortisol (hormon stres) kembali ke normal lebih cepat apabila mengambil vitamin C sebelum melaksanakan sesuatu tugas yang berat.
Tips no 2: Bayam

Keletihan dan sakit kepala kerana tahap magnesium yang rendah dalam badan akan membawa kepada tekanan atau stres. Dengan hanya satu cawan bayam dapat mengembalikan semula kandungan magnesium ke dalam badan anda. Jika tidak berapa gemarkan bayam, sayuran hijau lain juga merupakan sumber magnesium terbaik selain kacang soya dan ikan salmon.

Tips no 3: Ikan Berlemak

Ikan berlemak secara semulajadi seperti salmon dan tuna mengandungi Omega-3 fatty acids yang boleh menghindari hormon stres dan membantu melindungi dari penyakit jantung, kemurungan dan premenstrual syndrome (PMS). Bagi mengekalkan bekalan Omega-3 secara berterusan, anda boleh mengamalkan pengambilan 100gm ikan berlemak ini dua kali seminggu.


Tips no 4: Teh Hitam

Apabila berhadapan dengan sesuatu tekanan, amalan meminum teh hitam dapat membantu anda kembali normal semula lebih cepat jika dibandingkan dengan mengambil minuman lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang mengamalkan teh 4 cawan sehari dilaporkan mengalami tahap hormon kortisol yang lebih rendah dan merasa tenang selepas suatu situasi tegang dan tertekan..


Tips no 5: Avocado

Salah satu cara untuk megurangkan tekanan darah tinggi adalah dengan mendapatkan nutrien potassium secukupnya. Kandungan potassium dalam separuh buah avocado lebih banyak dari sebiji pisang bersaiz sederhana. Namun begitu, perlu berhati-hati dalam pengambilan avocado kerana ia tinggi dalam lemak dan kalori.
Tips no 6: Sayuran mentah

Jadikanlah sayuran mentah sebagai kudap-kudapan kerana ia secara tidak langsung dapat menghilangkan tekanan dan stres. Ini disebabkan proses mengunyah itu sendiri mengurangkan keadaan tegang di bahagian rahang.
Tips no 7 : Senaman

Selain dari mengawasi pengambilan diet, jadikanlah senaman sebagai rutin harian bagi menangani stres. Senaman aerobik dapat meningkatkan peredaran oksigen dan menghantar isyarat kepada badan anda untuk menghasilkan endorphin yang juga dikenali sebagai feel-good chemical. Fokuskan 30 minit sehari untuk 3 atau empat kali seminggu bagi melakukan senaman aerobic.

(Sumber : ezdiet.com.my)
Harapnya tips kat atas ni beri manfaat dan kesan yang baik bagi yang mencuba. Suka makan kan..kalau nak makan tu jangan la makanan yang berlemak + kolestrol tinggi semua. Itu hanya akan beri penyakit kat korang. Dahlah korang stress di+ lagi dengan penyakit...haaaa kang cepat pula kang...hahah Maaf-maaf. Yaya gurau je tau.hehe. Jangan stress-stress ye.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

0 Comments